October 31, 2017

10 Intipati Menarik Dalam #Bajet2018




Terbukti, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada petang Jumaat semalam benar-benar memberi manfaat dan menjaga kebajikan rakyat di Malaysia.
Semua golongan dapat. Dari nelayan, petani, orang yang jual satay, jual "coconut shake", orang yang berniaga food truck dan motorsikal tiga roda. Semua dapat dan ianya menyeluruh. Jauh bagai langit dan bumi, bajet BN dengan bajet omong kosong pembangkang.
Bajet ini bukan sahaja menambahbaik daripada bajet tahun lalu, malah pelbagai perkara baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang segak berbaju biru semasa membentangkan Bajet 2018 semalam.
Antara perkara baharu yang diperkenalkan oleh beliau adalah seperti berikut ;
1.Pulau Pangkor menjadi Pulau Bebas Cukai
Bajet ini juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
2.Jambatan Labuan ke tanah besar Borneo
Untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan pimpinan Najib akan membuat "feasibility study" bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah.
3.Ibu mengandung dan suami balik ke rumah awal sejam
Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja dengan kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, dengan syarat, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.
4.Pembiayaan TEKUN dinaikkan sehingga setengah billion
Perdana Menteri juga dengan gembira memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu setengah billion ringgit.
5.Mewujudkan taska di pejabat utama GLC
Bagi menyokong ibu bapa yang bekerja, GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.
6.Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50)
Demi menjamin masa depan generasi TN50 yang lebih cerah, Kerajaan bersama-sama PNB telah bersetuju supaya setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di PNB. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sesudahnya ini dikenali sebagai ADAM50.
7.Skim Persaraan 1Malaysia
Kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum 250 ringgit setahun di dalam Skim Persaraan 1Malaysia, di bawah KWSP. Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022.
8.Pemansuhan kutipan 3 tol di Selangor, Kedah dan Johor
Pertama: Memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor;
Kedua: Memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah;
Ketiga: Memansuhkan kutipan tol di Eastern Dispersal Link, Johor.
9.Bantuan pesawah 3 bulan
Selain penoreh getah dan nelayan yang dikekalkan bantuan-bantuannya, pada Bajet kali ini, buat pertama kalinya, Najib Razak mengumumkan bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah padi.
10.Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia
Menyediakan pinjaman mudah sebanyak 120 juta ringgit kepada seribu usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional, dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah empat peratus.
Semua kesepuluh perkara ini adalah pemberian ‘hadiah’ daripada kerajaan yang telah diberi amanah selama 13 kali PRU oleh rakyat untuk memerintah negara.
Sudah berbelas kali, BN berjanji dan ianya telah pun ditepati. Hampir 97% peratus janji BN pada PRU13 sudah pun dilaksanakan. 3% lagi melibatkan projek infrastruktur dan pembangunan sedang dalam proses perlaksanaan.
Buat apa hendak percaya pada DAP dan Pakatan Harapan yang belum tentu lagi memenuhi janji mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang pun banyak janji kerajaan DAP-Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.
Bajet 2018 adalah tanda terima kasih Barisan Nasional atas kepercayaan rakyat dan terbukti bahawa ia bukanlah sebuah bajet yang omong kosong seperti DAP dan Pakatan Harapan.
Sekiranya PRU14 nanti rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, maka semua perkara ini boleh dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat bersama.
Semua dapat manfaat tanpa mengira warna kulit dan ideologi parti. Bajet 2018 komprehensif dan menyeluruh untuk semua. Terkedu habis geng DAP-Pakatan Harapan dalam parlimen semalam.
"Senyap nampak pembangkang.." kata Datuk Seri Najib semalam.

Kerajaan bantu rakyat M40

Bajet 2018 jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat golongan kelas sederhana untuk menangani kos sara hidup.
Pengurangan cukai pendapatan sebanyak 2% boleh ditafsirkan sebagai pelanjutan BR1M kepada golongan M40 yang tidak layak mendapat bantuan kerajaan yang popular itu.
PM Najib Razak mengumumkan pengurangan cukai akan membantu 2.3 juta rakyat and ini adalah cara kerajaan mengembalikan wang rakyat.
Wang yang akan ada pada rakyat pula akan merangsangkan peluang ekonomi dalam sektor PKS.
Biasanya banyak insentif diberi kepada golongan B40 tetapi Najib telah menunjukkan bahawa kerajaan juga sedar akan masalah yang dihadapi oleh M40 dengan langkah-langkah ini termasuk memansuhkan 4 tol.
Semua langkah ini akan memberi kesan secara langsung kepada kos harian rakyat.

Kutuk Bajet 2018: Sah pemimpin Pakatan bodoh


MP PKR Kelana Jaya, Wong Chen bersama ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail cuba persoalkan langkah Kerajaan BN mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kononnya rakyat ditipu kerana konsesi akan tamat.
Bagaimanapun, mereka kata tidak tahu bila konsesi tamat kerana dokumen perjanjian tertakluk kepada OSA.
Nampak sangat tidak buat “homework” sebab pada April 2015, PLUS telah keluar kenyataan yang konsesi disambung kepada 2038 untuk elakkan kenaikan tol.
Nurul Izzah sibuk tanya kos penamatan tol itu tapi dalam Belanjawan Pakatan, pembangkang tidak pun menerangkan apa mekanisme yang akan digunakan untuk tamatkan tol seluruh negara jika menang PRU14. Hanya tahu buat janji kosong.
MB Selangor Azmin Ali pula cuba ambil “credit” tentang dua program ADAM50 dan program penakungan air sungai kerana sama dengan program-program Selangor iaitu Tawas dan Horas.
Tapi dia kena gelak sebab mantan MB Khalid Ibrahim yang reka 2 program tersebut sejak 2009.
Jelas Pakatan sudah terkedu dengan kecemerlangan Bajet 2018 yang telah mendapat tempat dihati rakyat. Agaknya apa lagi penipuan yang akan mereka buat nanti?

Rakyat Dinasihat Tidak Terpengaruh Janji Pembangkang Berkaitan Pendidikan Percuma


Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembangkang yang sudah lama mencanangkan pendidikan percuma tersebut sepatutnya melaksanakannya di Selangor melalui Universiti Selangor (Unisel) yang dimiliki kerajaan negeri itu.
"Saya cabar mereka buat dulu pendidikan percuma di Unisel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dan pelancaran Makmal Data Raya seluruh sistem UiTM di sini, hari ini.
Idris berkata Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan yuran yang tinggi kepada para pelajar dan menjadikannya antara yuran yang terendah di Asia.
"Ini kerana kadar yuran akademik semasa yang dikenakan oleh universiti awam (UA) ditampung dengan subsidi oleh kerajaan lebih 90 peratus," katanya.
Beliau berkata kerajaan membantu lagi para pelajar dengan memberi pelbagai kemudahan pinjaman pengajian seperti dari PTPTN, pembiayaan biasiswa atau tajaan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dalam #
Bajet2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas, antaranya memperuntukan biasiswa sebanyak RM2.2 bilion bagi memartabatkan pendidikan tinggi.
-- BERNAMA

Aktivis PKR keliru isu PTPTN

Aktivis pelajar Adam Adly masih tidak puas hati dengan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN seperti yang diumumkan PM Najib Razak dalam Bajet 2018 dan meminta pendidikan percuma dilaksanakan.
Tetapi Adam yang pro-Pakatan hanya tahu meminta tetapi tidak pula memberi mekanisma bagaimana pendidikan percuma boleh dibiayai dan dilaksanakan.
Dia juga patut bertanya kepada Top Dog Pakatan Tun M, mengapa pembangkang tidak jadi memansuhkan PTPTN dalam Bajet Alternatif mereka.
Dia sepatutnya mengkritik Pakatan kerana telah buat “U turn”, memandangkan mereka beriya-iya mahu mansuhkan PTPTN dalam Bajet Alternatif tahun lepas.
Jika Adam buat sedikit kajian, dia akan tahu kos pendidikan di Malaysia sebenarnya hampir percuma kerana pelajar disediakan bantuan kewangan seperti PTPTN, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan yayasan negeri.
Kerajaan juga menanggung 90% yuran pengajian di IPTA sekaligus menjadikan yuran di IPTA terendah di rantau ini.
Rakyat sudah jemu dengan sikap Adam Adly yang tidak ubah sepertu pemimpin Pakatan yang lain yang hanya tahu cakap kosong Pakatan dan sering bertukar pendirian.

#Bajet2018 #BajetBingaiPH #TolakProDAP

September 13, 2017

Pelaburan Malaysia pada Boeing ceriakan AS

Jalinan diplomatik Amerika Syarikat dan Malaysia mengharungi tempoh yang intim dan erat. Dahulunya, Amerika Syarikat merupakan negara kuasa besar yang menyokong dan menempatkan permulaan industri pembuatan dalam Malaysia. Dengan teknologi yang semakin canggih berpesat seperti pembuatan komputer dan kejuruteraan, Malaysia dipilih sebagai negara pengeluar industri hiliran menyokong teknologi berkenaan.

Antara contoh industri terlibat ialah sektor eletronik dan eletrikal dan kilang yang didirikan di Malaysia terkenal zaman-zaman itu ialah Texas Instrumen, AMD, Western Digital dan lain-lain lagi. Secara langsung, industri berkenaan membuka teroka pengetahuan mesin-mesin dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan adanya kedutaan Amerika Syarikat yang berlokasi startegik, industri pembuatan dan sektor eletronik dan elektrikal berkembang pesat memenuhi keperluan negara berkenaan.

Menyentuh lawatan Dato Seri Najib Razak mulai 11 September hingga 13 September ke Amerika Syarikat, bagi memenuhi jemputan Presiden Donald Trump sendiri dan membuka lembaran baru terhadap hubungan diplomatik tersebut. Malah dalam rangka memenuhi lawatan tersebut, Presiden Amerika Syarikat itu memuji akan langkah-langkah menangani keganasan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Dalam pada yang sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa jika Amerika Syarikat ingin merasa negara selamat...dalam dunia yang selamat,perlu menerapkan kesederhanaan dan memahami wajah sebenar ISLAM yang progresif.

Dalam segi pembangunan dan kemajuan ekonomi pula, sekali lagi penangan Najibnomics menjalankan keajaiban. Pertemuan bersama Donald Trump dan pegawai-pegawai beliau, Dato Seri Najib menyatakan untuk menyokong ekonomi Amerika Syarikat d
engan membuat beberapa pelaburan melalui agensi-agensi kerajaan seperti Khazanah, KWSP dan rangka kerjasama AirAsia dalam pembelian Boeing dengan General Electric.

Apa yang berlaku kini sangat berbeza dengan apa yang pernah dilakukan oleh mantan Tun Mahathir di mana peaburan yang dibuat negara yang tidak mampu menampkkan pulangan dan berisiko tinggi untuk dikendalikan. Terutama negara-negara yang bergolak seperti di Sudan, Ghana, Kenya dan Somalia. Tidak termasuk sikap lantang Tun Mahathir mengenai dasar-dasar luar negara Amerika Syarikat.

Desas desus dan pemikiran sempit mengiring Dato Seri Najib Razak kini boleh ditepis tambahan isu IMDB dan tangkapan DoJ bukanlah antara perbualan dan kenyataan bersama dibuat oleh kedua-dua negara. Lembaran baru ini bakal disusuli kunjung mengunjung mempereratkan jalinan diplomatik dan menepis tanggapan ISLAM itu merupakan agama yang mengalakkan keganasan dan mengenepikan kemajuan. Malaysia mengorak langkah perkasa menuju Transformasi Nasional 50. In sya ALLAH.

March 2, 2017

PKR Parti Perosak Mentaliti Rakyat


Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia, dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.

Selain kes Tabung Haji, beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.

Itu baru Rafizi, belum masuk lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya.

Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi.

Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa, projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa, tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka.

Akibatnya, sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.

Inilah perangai pemimpin PKR. Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar, mereka akan `lepas tangan'.

Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu, tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi. Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun, janji ada yang akan terpedaya.

Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka, disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri. Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa, hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.