Usaha pembangkang untuk memainkan isu kadar kenaikan tol dengan menyalahkan pihak kerajan gagal apabila rakyat menyedari pemimpin pembangkang cakap tak serupa bikin.
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan kadar tol di lebuh raya pembangkang dengan pantas menuduh kerajaan Barisan Nasional zalim dan memungkiri janji yang di buat dalam manifesto pilihan raya umum 2013.
Pembangkang cuba mengaburi pandangan rakyat tanpa memeriksa apakah sebenar yang dijanjikan BN di dalam manifestonya. Rupa-rupanya BN menjanjikan bahawa kerajaan akan menurunkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.
Yang diumumkan kerajaan adalah kadar tol baru yang tidak dinaikkan hampir sepuluh tahun lalu bagi lebuh raya di dalam bandar bukan antara bandar.
Di sini pembangkang terperangkap dengan permainan propaganda dan fitnah mereka yang cepat disedari rakyat. Malah hampir kesemua lebuh raya yang terbabit terletak di dalam negeri Selangor yang dikuasai oleh pembangkang.
Minggu lalu kerajaan mengumumkan enam syarikat pemegang konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol masing-masing berkuatkuasa 15 Oktober.
Kenaikan ini adalah antara 30 sen hingga RM1 atau 17 hingga 80 peratus membabitkan lapan lebuh raya iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK), Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Kajang SILK, Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang (DUKE), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart), Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).
Turut mengalami kenaikan ialah Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning - Shah Alam, Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Senai - Desaru di Johor dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Pulau Pinang.
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak berkata kenaikan tersebut adalah perlu bagi menggelakkan kesan ke atas kemampuan kerajaan untuk melaksanakan program sosial seperti BR1M dan lain-lain progran di bawah Dasar Transformasi.
Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa ekonomi negara yang terkait rapat dengan ekonomi global yang semakin mencabar dan menghadapi tekanan geo-politik juga terkesan dan menerima tempias daripada keadaan kewangan dunia yang tidak menentu sekarang.
Jika kerajaan menahan permintaan syarikat konsesi lebuh raya untuk menaikkan kadar tol seperti mana tertakluk di dalam perjanjian konsesi makan kerajaan perlu menanggung subsidi untuk membayar kepada syarikat-syarikat tersebut.
Sudah tentunya bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya kerajaan akan terpaksa menggunakan dana awam bagi tujuan tersebut.
Menggunakan dana awam bagi tujuan subsidi bukan lagiu menjadi pendekatan yang wajar dan ekonomik di bawah falsafah dasar transformasi.
Sebab itulah kerajaan melaksanakan dasar baru rasionalisasi bagi harga bahan apa seperti petrol dan disel di mana subsidi yang begitu besar pada masa dahulu dikurangkan tahun demi tahun.
Malah harga minyak petrol dan disel kini tidak lagi diberi subsidi yang besar seperti dahulu tetapi ditetapkan menerusi kaedah apungan harga bahan api tersebut di pasaran antarabangsa.
Jika harga minyak mentah di pasaran dunia menurun maka rakyat Malaysia menikmati penuruan harga petrol dan disel di pasaran tempatan dan begitulah sebaliknya.
Subsidi yang dapat dijimatkan melalui pendekatan ini akan disalurkan kepada penggunaan sosial yang lebih memberi manfaat kepada rakyat terbanyak seperti pembinaan lebih banyak Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, jalan raya kampung, hospital, sekolah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment