January 13, 2016

“Innamal mu’minuna ikhwah”: Syaitan Sahaja Yang Terasa Kepanasan  

Meneliti komentar dan reaksi segelintir orang Melayu yang beragama Islam di laman-laman media sosial berkenaan dengan gambar yang memaparkan lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke atas Hadi Awang jelas tidak mencerminkan sahsiah atau watak muslimin wal mukminat.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى المسلمِ خَمْسٌ: رَدُّ السَّلامِ، وَعِيادَةُ الْمَرِيْضِ، وَاتِّباعُ الْجَنائِزِ، وَإِجابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيْتُ الْعاطِسِ
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima: Menjawab salam, menjenguk yang sakit, menghantar jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan yang bersin.”

(HR. Al-Bukhari no. 1240 dan Muslim no. 2162)

Jelas apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri selaras dengan tuntutan Islam. Apa yang mendukacitakan, wujud segelintir orang Islam sendiri yang berhasad dengki serta bersangka buruk ke atas yang lawatan berkenaan.

Ketepikan seketika fahaman politik, atau apa jua perbezaan pendapat sedang satu pihak sedang mengharungi dugaan hidup.

Seperti yang pernah dilafazkan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi konsisten dengan dasarnya untuk membuka ruang silaturahim kepada semua pihak.

Kala dua orang muslim yang dikenali wujud perbezaan pendapat diantara mereka, tiba-tiba menghulur salam serta menyambut salam bagi membina ukhwah dan silaturahmi, maka jangan hairan jika syaitan merajai emosi nirrajim dengan darjah kepanasan yang mungkin lebih tinggi Fahrenheit nya dari gunung berapi.

Semoga anda bukan tergolong di dalam golongan yang turut terbakar kepanasan ketika melihat foto berkenaan.

Amin.

No comments:

Post a Comment