KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membidas sikap kepimpinan Dap yang tidak habis-habis mempertikaikan isu 1MDB biarpun kerajaan mahupun CEO 1MDB tersebut, Arul Kanda telah memberikan penjelasan berhubung pelan rasionalisasi syarikat tersebut.
Menurut beliau, tindakan Dap yang kini menjadikan isu 1MDB sebagai modal politik mereka hanyalah semata-mata bertujuan politik dan mengekalkan persepi negatif rakyat terhadap kerajaan.
“Apa yang dilakukan oleh Dap itu hanyalah semata-mata bertujuan politik saja. Kalau mereka betul-betul mahu kebenaran, tunggulah hingga selesai siasatan PAC terhadap syarikat tersebut. Kalau Dap kata mereka tak percaya pada PAC maknanya Dap tak percaya kepada semua wakil parti yang ada di dalam PAC termasuk ahli mereka sendiri.
“Namun seperti biasa Dap bukan mahukan kebenaran. Bila kerajaan beri jawapan mereka tak mahu terima. Dap ajak debat tapi bila Arul Kanda terima pelawaan Dap, pemimpin mereka yang konon-konon hebat tu lari menyorok di belakang pokok pula,” ujarnya sinis kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau seterusnya berkata, adalah lebih baik pemimpin Dap menjaga kelancaran pentadbiran parti mereka terlebih dulu sebelum sibuk tentang hal-hal orang lain.
“Parti mereka sendiri pun kelam kabut, mereka asyik sibuk tentang urusan orang lain. Isu CEC pun masih tak selesai. Isu hak-hak ahli yang dinafikan untuk mengundi pun tak selesai.
“Selesaikan hal sendiri dulu. Pimpin parti tu baik-baik dan betulkan cara pentadbirannya, barulah boleh nak kritik orang lain. Ini asyik sibuk kacau sana kacau sini, tapi parti sendiri pun tak terurus dengan baik,” tegasnya.
Beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dan tidak lagi mempedulikan apa saja kenyataan dan dakwaan dari kepimpinan parti tersebut.
“Saya minta rakyat tak usah pedulikanlah apa yang pemimpin Dap cakap. Selama ini dah terbukti mereka ini hanya tahu menuduh itu dan ini, lepas itu bila kita minta bukti tak boleh nak beri.
“Sebab itu ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah, sebab mereka suka bercakap tentang hal yang mereka sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya,” jelasnya.-MediaUMNO
No comments:
Post a Comment