Fitnah akhir zaman.
oleh Kang Nasir
Mudahnya umat islam diperdaya dgn fitnah-fitnah mempergunakan kesucian agama untuk kepentingan kepuasan nafsu.
Hanya dengan bersandarkan sebuah hadis yg MEMBERI PERINGATAN KPD PEMIMPIN AGAR TIDAK BERLAKU ZALIM, mereka mengambil kesempatan bagi menghasut pemerintah yang kononya menzalimi mereka. Walhal mereka bukanya sedar Allah MELAKNAT mereka sebagaimana peringatan Allah dlm surah Al-Humazah. Allah suruh kita BERTAQWA kpd-Nya. Bukanya bersusah payah menyusahkan diri berlumba-lumba mencipta fitnah untuk memburu kepentingan dunia.
Masih terdapat banyak kisah-kisah tentang FITNAH AKHIR ZAMAN yg perlu kita semua fahami. Dan dengan kongsian ini, penulis harap jadikanya sebagai pengajaran pd langkah permulaan mengenal fitnah-fitnah akhir zaman yg akan menghumban kita ke neraka utk kita jadikanya iktibar.
Rasulullah SAW berpesan dalam sebuah hadis yg bermaksud.
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
No comments:
Post a Comment