Cat merah dan terima peluru sangat sinonim dengan DAP sebelum ini. Itulah yang akan berlaku jika mereka lantang mempersoalkan perkara-perkara yang mengundang sensitiviti orang Islam dan Melayu di negara ini.
Senarionya, harus ada kenyataan melampau berbentuk provokasi ke atas umat Islam, dan kemudian diikuti dengan insiden-insiden melampau seperti simbah cat merah, atau kenyataan akhbar, terima peluru dari pihak-pihak tertentu.
“So predictable”, itulah ulasan yang ingin penulis sampaikan, apabila sekali lagi, pejabat milik si mulut celupar Ramasamy diberitakan telah “diserang” dengan bom petrol dan kini perkara tersebut berada di dalam siasatan pihak Polis. Biasalah, jika ada kejadian tersebut, maka sudah tentu pihak Polis akan mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan.
Cuma, penulis secara peribadi tidak melihat perkara ini sebagai sensasi, kerana seperti sudah sebati dengan DAP, jika ada apa-apa perkara yang menerbitkan sikap melampau mereka, maka seolah-olah seperti ada usaha untuk meletakkan keterlampauan itu ke atas pihak ketiga.
Tony Pua pernah menerima kiriman peluru gara-gara cadangannya terhadap kajian semula ke atas diskaun pembelian rumah untuk bumiputera di Selangor. Teresa Kok pula pernah membuat laporan polis bahawa 2 biji bom petrol telah dicampak ke laman rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh. Simbahan cat merah pula sudah sangat sinonim dengan DAP.
Apakah ini salah satu cara memberi gambaran bahawa mereka golongan teraniaya, dan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan mereka adalah golongan ekstrim? Publisiti mudah dari DAP.
Tanpa disedari, isu Zakir Naik juga berkemungkinan untuk dimanipulasi, demi mengalihkan perhatian rakyat terhadap skandal banglo Lim Guan Eng
No comments:
Post a Comment