December 24, 2014

Minyak Turun, Harga Barang Turun – Teori Rafizi Bakal Diuji


Apa pun situasinya, yang pasti tahun hadapan rakyat akan mendapat hadiah tahun baru – dalam bentuk pengurangan harga minyak. Turun dan pasti, berapa turun tu saja yang belum tahu.

Macam-macam teori dan andaian tapi yang paling kuat setakat ini mengatakan harga minyak akan merudum serendah RM 2.00/liter. Kalau betul tekaan ini, maksudnya harga itu lebih rendah dari harga sebelum naik hari itu, RM 2.10/liter.

Bagi penulis dan majoriti rakyat negara ini, memang sudah bersedia menerima hakikat bahawa harga minyak di negara kita akan ada turun naik mengikut harga pasaran dunia dan sebab-sebab lain. Bukan lagi disubsidikan seperti sebelum ini – zaman tu dah berlalu.

Tapi bagi orang macam Rafizi dan penyokong pembangkang, mereka masih terikat dengan dogma lama yang berbunyi lebih kurang, kalau minyak murah segala benda dalam negara ini akan ikut murah.

Walaupun namanya ini teori ekonomi orang takdak otak sebab sejak 2008 dah banyak kali harga minyak diturunkan kerajaan (harga barang masih macam itu) dan dinaikkan semula secara beransur-ansur (sebelum diturunkan semula), tapi Rafizi dan pembangkang masih cuba menipu rakyat dengan mendakwa harga minyak rendah adalah ‘ibu’ kepada segala penurunan harga barang.

Jadi Januari ini, peluangnya kepada rakyat untuk menguji teori Rafizi sama ada betul harga barang akan turun seperti mana yang dia dakwa dan kita juga nak tengok apa bendanya barang yang turun tu. Setakat yang penulis nampak, bila minyak turun RM 0.04/seliter hari tu, takda apa yang turun pun, ada ke?

Penulis jangka, Rafizi akan kalih pada GST sebagai punca kenapa harga barang tidak turun walaupun minyak sudah semakin murah. Kalau itu berlaku, penulis nak rakyat ingat bahawa itulah bukti bahawa pembangkang selama hari ini menipu rakyat dan mereka akan terus menipu lagi bila bangkit soal GST.

Jangan percaya.

Mereka sengaja manipulasi isu tersebut untuk dapat undi dan memang menambah kerusi dengan pembohongan itu, hakikatnya banyak faktor yang menentukan turun naik barang, harga minyak bukan satu-satunya faktor.

Yang pasti, kempen PRU14 nanti, janji harga minyak murah harga barang pun ikut turun, akan hilang, ganti dengan benda lain, macam GST. Tak percaya, tengok.

#hargabarang
#economy
#theory

No comments:

Post a Comment