December 15, 2015

Gunakan Media Sosial Untuk Kebaikan - Salleh

 Rakyat negara ini diminta lebih berhati-hati dan bijak menggunakan media sosial dengan memanfaatkannya hanya untuk perkara kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat Malaysia tidak harus menyalah gunakan kemudahan itu untuk perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan masyarakat di negara ini.

"Media sosial satu keperluan kepada masyarakat. Banyak urusan menggunakan media sosial. Jadi bukan semua perkara dalam media sosial itu buruk. Yang penting, sebagai pengguna kita harus menggunakan media sosial ini untuk kebaikan dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat," katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama bertajuk 'Peranan Penjawat Awam Dalam Penyebaran Maklumat Melalui Media Sosial' di hadapan penjawat awam persekutuan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, di sini hari ini.

Salleh berkata Malaysia mengambil pendirian tidak menyekat penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat di negara ini seperti diamalkan di beberapa negara, termasuk negara kuasa besar atas kesedaran media sosial banyak kebaikan dan perlu dilihat dari sudut positifnya.

Beliau berkata dengan menyekat penggunaan media sosial, ia akan menjejaskan daya saing Malaysia di peringkat global, sekali gus boleh membantutkan usaha Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju.

"Malaysia ingin menuju sebagai negara maju dan kita juga berjanji kepada dunia, kita adalah sebuah negara yang tidak akan menyekat perkembangan teknologi seperti ini (media sosial).

"Tetapi, ini tidak bererti mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan media sosial, undang-undang tidak akan digunakan (ke atas mereka)," katanya.

Bagi pihak kerajaan, Salleh berkata kementeriannya akan terus mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan media sosial serta pentingnya medium komunikasi itu digunakan sebaik-baiknya.

Terdahulu dalam ucap utamanya, Salleh mengingatkan penjawat awam persekutuan di Sabah agar menggunakan media sosial secara lebih bertanggungjawab, dan untuk membantu mereka meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau berkata media sosial harus digunakan untuk menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat serta memperoleh maklum balas daripada mereka bagi membolehkan tindakan pantas dapat ambil bagi menyelesaikan sebarang masalah.

"Dunia sekarang tidak lagi seperti dahulu. Penjawat awam tidak boleh lari daripada media sosial. Saya harap, gunakan sebaik-baiknya media sosial ini. Bukannya untuk terlibat dalam viral benda yang tidak ada kesahihannya. Kita jangan terlibat dalam perkara sedemikian," katanya.

-- BERNAMA

Anina Tiada Hak Perundangan Saman Najib Berhubung Derma RM2.6 Bilion, Mahkamah Diberitahu

Bekas anggota UMNO Langkawi Anina Saadudin tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiausaha kerja Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung isu derma RM2.6 bilion, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf, berkata Anina bukan seorang pegawai awam UMNO dan oleh itu tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

"Plaintif bukan pegawai awam UMNO yang telah diisytiharkan (sedemikian) dan didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu tidak kompeten untuk memulakan tindakan ini terhadap defendan," hujah Mohd Hafarizam dalam permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membatalkan saman Anina.

Beliau juga berhujah, Anina tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengekalkan saman itu kerana keahliannya dalam UMNO telah gugur apabila memfailkan saman mengikut Perkara 20.7 Perlembagaan parti.

Sambil merujuk kepada keputusan hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas, dalam satu lagi saman oleh Anina, bahawa keputusan untuk menggugurkan keahlian Anina dalam UMNO adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah mengikut Seksyen 18C Akta sama, Mohd Hafarizam berkata mahkamah ini, oleh itu, tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh Anina berkaitan hal ehwal parti.

"Saman ini juga tidak menyatakan sebarang sebab munasabah untuk tindakan terhadap defendan, dan oleh itu ia mendedahkan defendan kepada skandal, bersifat remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah yang harus dibatalkan oleh mahkamah ini," kata Mohd Hafarizam ketika berhujah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina pula berhujah bahawa anak guamnya telah memfailkan tindakan derivatif terhadap defendan atas nama UMNO, untuk dan bagi pihak UMNO dan ahli-ahlinya, seperti dibenarkan di bawah undang-undang.

"Justeru, walaupun jika keahliannya dalam UMNO telah ditamatkan, ia tidak menghalang tindakan yang telahpun difailkan oleh Anina. Saman ini adalah khusus untuk menangani salah laku defendan pertama, seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.

"Pada peringkat ini, adalah jelas bahawa ini bukan kes biasa dan jelas untuk terus dibatalkan," kata beliau.

Mahkamah menetapkan 31 Dis untuk keputusan terhadap permohonan Najib dan Ab Rauf.

Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Ab Rauf, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (US$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

-- BERNAMA

November 17, 2015

Pinjaman RM500 juta, DEIG perlu disiasat


Pembongkaran bahawa wujudnya pinjaman RM500 juta oleh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjadikan syarikat tersebut dalam kedudukan yang amat mencurigakan. Oleh itu DEIG harus disiasat.

Alasan tersebut dikatakan cukup kukuh memandangkan perkembangan terkini termasuk desas-desus bahawa DEIG memohon pinjaman RM500 juta kerana ianya bercanggah dengan jaminan pentadbiran Selangor yang mengatakan syarikat pelaburan negeri itu belum lagi beroperasi sepenuhnya.

Perkara ini perlu dibawa ke dalam mesyuarat JP-ABAS yang akan datang dan sesi pendengaran adalah perlu. JP-ABAS ialah jawatankuasa pilihan khas DUN yang menyelia syarikat berkaitan kerajaan. Pendengaran perlu kerana pegawai DEIG tidak mendedahkan pada mesyuarat Julai lalu yang syarikat itu sudah memohon pinjaman.

JP-ABAS sudah mengadakan sesi pendengaran tertutup dengan pegawai tertinggi DEIG pada Julai untuk mengenal pasti mengapa syarikat itu ditubuhkan, strukturnya dan sama ada terdapat mekanisme yang cukup bagi memastikan ia beroperasi secara telus dan berakauntabiliti.

Selain daripada itu juga, menurut sumber, anak syarikat di bawah DEIG juga sudah mengubah nama mereka, sekali gus memberi isyarat bahawa syarikat itu beroperasi sepenuhnya.

Untuk makluman, firma pelaburan kerajaan Selangor mendapat tentangan DAP yang mempersoalkan kekurangan akauntabiliti dalam menguruskan pelaburan.

Menurut Azmin Ali, objektif DEIAzmin-Ali-DEIG-Selangor-MBIG adalah untuk mengukuhkan aset negeri dan menyusun semula semua syarikat berkaitan kerajaan di bawah cabang pelaburan semasa Selangor iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI).

Walaubagaimanapun, struktur tadbir urusnya tidak perlu menjawab kepada badan perundangan negeri telah mengundang pertikaian.

Mengikut kenyataan JP-ABAS pada Julai lalu, DEIG ialah sebuah entiti swasta yang ditubuhkan pada Disember 2014 untuk menguruskan pelaburan strategik, dan juga merasionalisasikan dan menyusun semula semua anak syarikat di bawah MBI.

DEIG akan dimiliki sepenuhnya oleh MBI manakala lembaga pengarahnya akan terdiri daripada menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai operasi MBI.

MBI mempunyai antara RM20 bilion dan RM30 bilion aset dan memiliki kira-kira 5,000 hektar tanah di seluruh Selangor.

Pada Julai, JP-ABAS mempersoalkan keperluan menubuhkan DEIG kerana anak syarikat MBI boleh disusun semula tanpanya.

Antara penemuan lain jawatankuasa itu ialah DEIG tiada satu sistem mantap untuk tadbir urus yang baik dan berakauntabiliti.

Dengan itu, JP-ABAS menggesa pentadbiran Selangor membentangkan kertas putih dalam Dewan untuk menerangkan operasi DEIG dan mewajarkan keperluannya.

Sejak dari mula lagi penubuhan DEIG memang amat mencurigakan. Motif sebenar menjadi topik hangat perbincangan pembangkang dan kerajaan. Bayangkanlah kera mendapat bunga, maka hancurlah bunga tersebut. Mungkin itulah perumpamaan yang tepat berkenaan DEIG.

Sebenarnya Azmin Ali perlu menumpukan segala sumber yang ada dalam mentadbir Selangor. Sejak beliau menjadi Menteri Besar Selangor, tidak ada sebarang perubahan yang membanggakan untuk Selangor. Masalah Aedes, sampah, banjir dan lain-lain masih gagal diatasi.

Segala gimmik sembur ubat nyamuk dalam bas, terjun masuk longkang, periksa lori sampah merupakan sekadar drama untuk mengaburi mata rakyat. Memang Selangor agak malang sejak kebelakangan ini

October 20, 2015

PEMBANGKANG GAGAL EKSPLOITASI ISU KENAIKAN KADAR TOL

Usaha pembangkang untuk memainkan isu kadar kenaikan tol dengan menyalahkan pihak kerajan gagal apabila rakyat menyedari pemimpin pembangkang cakap tak serupa bikin.
Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan kadar tol di lebuh raya pembangkang dengan pantas menuduh kerajaan Barisan Nasional zalim dan memungkiri janji yang di buat dalam manifesto pilihan raya umum 2013.

Pembangkang cuba mengaburi pandangan rakyat tanpa memeriksa apakah sebenar yang dijanjikan BN di dalam manifestonya. Rupa-rupanya BN menjanjikan bahawa kerajaan akan menurunkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Yang diumumkan kerajaan adalah kadar tol baru yang tidak dinaikkan hampir sepuluh tahun lalu bagi lebuh raya di dalam bandar bukan antara bandar.

Di sini pembangkang terperangkap dengan permainan propaganda dan fitnah mereka yang cepat disedari rakyat. Malah hampir kesemua lebuh raya yang terbabit terletak di dalam negeri Selangor yang dikuasai oleh pembangkang.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan enam syarikat pemegang konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol masing-masing berkuatkuasa 15 Oktober.

Kenaikan ini adalah antara 30 sen hingga RM1 atau 17 hingga 80 peratus membabitkan lapan lebuh raya iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK), Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Kajang SILK, Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang (DUKE), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart), Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).
Turut mengalami kenaikan ialah Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Se­langor (Latar), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning - Shah Alam, Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Senai - Desaru di Johor dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Pulau Pinang.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak berkata kenaikan tersebut adalah perlu bagi menggelakkan kesan ke atas kemampuan kerajaan untuk melaksanakan program sosial seperti BR1M dan lain-lain progran di bawah Dasar Transformasi.

Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa ekonomi negara yang terkait rapat dengan ekonomi global yang semakin mencabar dan menghadapi tekanan geo-politik juga terkesan dan menerima tempias daripada keadaan kewangan dunia yang tidak menentu sekarang.

Jika kerajaan menahan permintaan syarikat konsesi lebuh raya untuk menaikkan kadar tol seperti mana tertakluk di dalam perjanjian konsesi makan kerajaan perlu menanggung subsidi untuk membayar kepada syarikat-syarikat tersebut.

Sudah tentunya bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya kerajaan akan terpaksa menggunakan dana awam bagi tujuan tersebut.

Menggunakan dana awam bagi tujuan subsidi bukan lagiu menjadi pendekatan yang wajar dan ekonomik di bawah falsafah dasar transformasi.
Sebab itulah kerajaan melaksanakan dasar baru rasionalisasi bagi harga bahan apa seperti petrol dan disel di mana subsidi yang begitu besar pada masa dahulu dikurangkan tahun demi tahun.

Malah harga minyak petrol dan disel kini tidak lagi diberi subsidi yang besar seperti dahulu tetapi ditetapkan menerusi kaedah apungan harga bahan api tersebut di pasaran antarabangsa.

Jika harga minyak mentah di pasaran dunia menurun maka rakyat Malaysia menikmati penuruan harga petrol dan disel di pasaran tempatan dan begitulah sebaliknya.
Subsidi yang dapat dijimatkan melalui pendekatan ini akan disalurkan kepada penggunaan sosial yang lebih memberi manfaat kepada rakyat terbanyak seperti pembinaan lebih banyak Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, jalan raya kampung, hospital, sekolah dan sebagainya.

October 18, 2015

BN Still Best Form Of Government For Malaysia - PM

The Barisan Nasional (BN) coalition is still the best form of government for Malaysia despite the shortcomings and difficulties it faced, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said most importantly, BN had charted out a clear roadmap for the nation's future, and that all the current political difficulties could be resolved if the people stood behind the leadership.

Pointing out that this was not the first time the country is facing political difficulties, he added that in the past, the country had been able to recover because the support of the people towards the leadership.

"Once a while, there will be bumps along the road. Just like when you are flying an aircraft, there will be air pockets.

"God willing, we will overcome," he said when opening of Gerakan's 44th National Delegates Conference at Setia City Convention Centre here, today.

He said while the opposition will always bring up and try to stir hatred against the government, the BN government will continue to do whatever that is necessary for the people.

"But we cannot always take the populist approach, because we need to deliver (to the people)," he said.

On another issue, Najib also reminded the people that there is no absolute truth in the influx of information in the social media.

He said some quarters will always twist and turn facts to suit their own agenda, adding that he himself had also been victimised in social media.

"For example, they had photoshopped my pictures many times. Sometimes "kepala lain, badan lain" (head different, body different). Luckily they do it in a blotched manner, so people can see it's fake. Like when they put my face next to a woman, that was not me," he said.

As such, he said that in facing the new political culture in the social media era, Gerakan members need to intensify the use of social media as a platform to garner bigger support from the people in its effort to revitalise, asides from countering lies by the opposition.

"This is the new political culture. Gerakan must be more active in social media in order to revive the party and change the perception of the people that BN is still the best government for the people," he added.

He also assured that Gerakan is still a relevant partner in BN despite it badly losing in the past two general elections.

He also noted that Gerakan, under the leadership of Mah (Gerakan president Datuk Dr Mah Siew Keong) had showed stronger political will and determination to succeed again.

-- BERNAMA

Barisan Nasional Masih Bentuk Kerajaan Terbaik Bagi Malaysia - Najib

Barisan Nasional (BN) masih merupakan bentuk kerajaan terbaik bagi Malaysia di sebalik kekurangan dan ujian yang dihadapinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang lebih penting, BN telahpun merangka pelan hala tuju yang jelas bagi masa depan negara, dan semua ujian dalam politik semasa boleh diselesaikan jika rakyat memberi sokongan padu kepada kepimpinan.

Sambil menarik perhatian bahawa ini bukan kali pertama negara berdepan ujian dalam politik, beliau berkata sebelum ini pun, negara berupaya pulih disebabkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan.

"Sekali-sekala, akan ada bonggol di pertengahan jalan. Begitu juga jika anda menerbangkan pesawat, akan ada poket udara.

"Insya-Allah, kita akan atasinya," katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-44 Parti Gerakan di Setia City Convention Centre di sini.

Beliau berkata meskipun pembangkang akan sentiasa menimbulkan dan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan, namun kerajaan BN akan terus melaksanakan apa yang dirancang untuk rakyat.

"Bagaimanapun kami tidak boleh sentiasa mengambil pendekatan populis, sebab kami perlu berkhidmat (kepada rakyat)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib turut mengingatkan rakyat bahawa tiada kebenaran yang mutlak dalam kebanjiran maklumat dalam media sosial.

Beliau berkata terdapat sesetengah pihak yang akan sentiasa memutarbelitkan fakta mengikut agenda mereka, dan menambah, malah beliau sendiri turut menjadi mangsa dalam media sosial.

"Misalnya, mereka banyak kali melakukan 'photoshop' gambar saya. Kadang-kadang kepala lain, badan lain. Mujurlah hasil kerja mereka itu bertompok-tompok, jadi orang boleh nampak gambar itu palsu. Contohnya bila mereka letak gambar saya di sebelah seorang wanita, itu bukanlah saya," katanya.

Justeru, Najib berkata ketika berdepan budaya politik baharu dalam era media sosial, anggota Gerakan perlu mempertingkatkan penggunaan media sosial sebagai wadah untuk meraih sokongan lebih besar daripada rakyat dalam usaha mencergaskan semula parti, di samping menentang pembohongan pembangkang.

"Ini adalah budaya politik baharu. Gerakan perlu lebih aktif dalam media sosial, ke arah usaha menyegarkan semula parti dan meyakinkan rakyat bahawa BN masih merupakan kerajaan terbaik buat mereka," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa Gerakan masih rakan yang relevan dalam BN meskipun kalah teruk dalam dua pilihan raya umum lepas.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa Gerakan, di bawah kepimpinan Mah, menunjukkan semangat dan iltizam politik untuk bangkit semula.

-- BERNAMA

September 15, 2015

#DEIG: Sidang DUN Selangor Yang Lalu Pamer Bukti Kenapa Azmin Terus Membisu  

Sehingga artikel ini ditulis, penulis berpendapat bahawa Azmin Ali merupakan antara ahli politik yang bijak menguruskan imejnya dalam gelora politik Selangor.

Suka tidak suka, beliau lebih suka berdiam diri dari menjawab isu-isu yang melingkari dirinya. Cuba saudara, saudari menoleh ke belakang, dan kembali mengenang isu-isu tersebut. Penuh dengan skandal, dan berstatus “panas”.

Sifat diam itu ternyata lebih baik dari sesetengah pemimpin UMNO, yang terlalu suka menjawab di media tetapi akhirnya memberi impak negatif kepada UMNO dan Barisan Nasional. Bagi Azmin, beliau menggunakan strategi diam untuk menurunkan suhu politiknya.

Mengapa diam menjadi senjatanya, terungkai pada sidang DUN Selangor yang lalu dalam beliau menjawab isu RM30 juta Darul Ehsan Group Investment.

Pemerhatian penulis menyaksikan bahawa beliau cuba mengelak untuk menjawab isu pokok DEIG, tetapi lebih kepada jawapan-jawapan sarkastik terhadap mereka-mereka yang cuba membangkitkan isu berkenaan.

Lebih tepat, Azmin Ali lebih gemar membuat “character assassination” terhadap ADUN-ADUN yang bersuara atas isu tersebut. Hujahnya tetap ingin mengaitkan betapa bagusnya pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional di Selangor. Mujur pada waktu itu belum ada maklumat tentang bilangan GLC yang mengalami kerugian. Jika tidak, pasti merah padam mukanya jelas kelihatan.

Jawapan-jawapan yang diberikan pantas dikilas oleh ADUN Damansara Utama berdasarkan fakta, yang akhirnya menyaksikan dirinya tidak mampu lagi membendung emosi amarahnya sekalipun cuba bersikap tenang. Jika tenang, beliau harus menjawab perkara pokok, dan bukannya bersifat sarkastik dan cuba merendah-rendahkan ADUN-ADUN yang bersuara atas kebimbangan wujudnya DEIG yang berstatus syarikat RM2 itu.

Paya Jaras, Bukit Tunku, Damansara Utama semua membangkitkan kebimbangan atas kewujudan DEIG yang dilihat akan berlegar di atas Menteri Besar Incorporated sekaligus memberi kuasa penuh persis sebuah syarikat sendirian berhad, berbanding perbadanan yang terikat dengan enakmen negeri Selangor.

Malah, desakan dari Sungai Panjang agar Azmin menjawab perkara pokok berkenaan DEIG juga tidak dijawab. Azmin enggan menjawab.

Hujah kononnya DEIG hanya akan beroperasi tahun hadapan sudah terbatal dengan dakwaan bayaran zakat yang dibuat, serta liputan berita di The Edge.

Hujah kononnya SPRM menegaskan tiada apa-apa yang pelik berlaku di dalam DEIG juga tidak boleh digunapakai, kerana pihak pembangkang hanya mengambil satu perenggan dari seluruh kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM.

Azmin terus membisu, mungkin juga sedang memikirkan apakah strategi terbaik bagi keluar dari skandal terbaru ini. Tekanan yang kini dihadapinya bukan sekadar dari sudut isu semasa, malah juga tahaluf siyasinya.

Laman twitter menjadi saksi “perang” antara dirinya dengan Teo Ni Ching. Ramkarpal juga memberi kata dua kepada Azmin, samada memilih DAP atau PAS. Pandai pula Azmin menjawab dalam soal pilih antara PAS atau DAP.

Tapi, mengapa terus membisu tentang DEIG?

September 2, 2015

Kewangan Masa Depan Perlu Ada Kaitan Kukuh Dengan Ekonomi Benar – Zeti

 Aspek kewangan masa depan perlu mempunyai kaitan lebih kukuh dengan ekonomi benar menerusi peranan perantaraan yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata sistem kewangan juga harus mencakupi aspek nilai tambah dan berasaskan nilai untuk membolehkannya menyumbang dengan lebih bermakna sebagai perantara dan kemudahan untuk aktiviti ekonomi benar yang memanfaatkan orang ramai.

“Sistem kewangan seumpamanya amat diperlukan dalam ekonomi global,” katanya berucap pada Forum Etika Kewangan Global di Edinburgh, Scotland, semalam.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini, hari ini.

Zeti berkata, kebanyakan negara membangun misalnya, turut memerlukan sejumlah dana besar bagi menampung pembangunan infrastruktur.

Aspek kewangan terangkum turut menjadi agenda utama bagi meningkatkan kehidupan kelompok yang tersisih dalam komuniti global, katanya.

Justeru, katanya, penting untuk mewujudkan rejim yang mengamalkan kedua-dua aspek nilai tambah serta kewangan berasaskan nilai dengan teras prinsip sejagat yang akan menghasilkan model mampan bagi kewangan positif dalam sistem kewangan global.

“Rejim yang berteraskan aktiviti pengeluaran baik iaitu tidak menggalakkan hutang berlebihan dan menekankan soal ketelusan serta mengukuhkan hubungan  pihak kewangan-pelanggan sudah pasti dapat menjadi penggerak positif dalam sistem kewangan global.

Menurut Gabenor bank pusat itu, aspek itu adalah antara asas kewangan Islam yang terbukti kian penting di kebanyakan pelusuk dunia.

Malah, langkah mengukuhkan aspek penawaran dan permintaan kewangan nilai tambah dan berasaskan nilai akan menyumbang ke arah peningkatan hubungan sistem kewangan global kepada ekonomi benar.

Zeti turut membangkitkan kepentingan untuk memupuk kepemimpinan lebih kukuh di tahap global yang membolehkan peranan sokongan serta kemudahan meleraikan isu halangan selain menyatukan pelbagai pihak berkepentingan untuk bekerjasama dalam persekitaran lebih teratur.


August 23, 2015

Siasatan Ke Atas SRC dan Dana RM 2.6 B masih diteruskan – SPRM


Merujuk kepada kenyataan beberapa pihak berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau SPRM sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion telah ditutup.

Sebagaimana pernah disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015 dan 5 Ogos 2015, SPRM mengulangi bahawa SPRM hanya ada menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana
1MDB.

Sehubungan itu, SPRM menekankan, siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.

SPRM berharap tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan membina persepsi negatif terhadap SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 OGOS 2015

August 21, 2015

PENUBUHAN DEIG CETUS PERSOALAN DAN KEBIMBANGAN RAMAI

Terdapat banyak persoalan yang timbul mengenai penubuhan entiti baru kerajaan negeri Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menguruskan pelaburan anak syarikatnya. Persoalan paling utama adalah kenapa ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967?

Apakah agenda tersirat di sebalik penubuhan DEIG? Bukan sahaja pembangkang di Selangor malah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP serta PAS turut meragui penubuhannya.

Ia turut ditubuhkan tanpa mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

budiman
Budiman Mohd. Zohdi

Setiausaha Adun Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi ketika menyuarakan kebimbangan mengenai penubuhan DEIG berkata, apabila ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, ini bermakna DEIG menikmati status bebas dan tidak perlu membentangkan kedudukan laporan kewangan syarikat dalam sidang DUN.

Keadaan ini menjurus kepada perbuatan salah laku dan penyelewengan.

Ia juga menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang tidak kelihatan, sekali gus membolehkan ia terdedah kepada percanggahan dan penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan dan keputusan secara amnya.

“Selain itu, tiada pemantauan dapat dijalankan terhadap aktiviti syarikat terutama ketika menandatangani kontrak dan menjalankan pelaburan usahasama,” katanya pada sesi penjelasan mengenai DEIG, malam tadi..

Beliau turut mempersoalkan jika benar maklumat yang diterima menyatakan bahawa Azmin yang merupakan pengerusi MBI, turut memegang jawatan sama dalam DEIG, maka adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat pemerbadanan tersebut.

Sepatutnya kata Budiman, kerajaan Selangor memperkukuhkan dan memperkasakan dulu MBI terutama dalam soal pengurusan pelaburan.

“Penubuhan DEIG sudah pasti memerlukan tambahan kos dalam menampung operasi entiti itu, sekali gus ia pasti akan mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

“Malah cadangan pemindahan aset MBI berjumlah RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang risiko yang amat tinggi kerana terdedah kepada faktor ketidaktentuan pasaran atau salah laku aktiviti pelaburan dan perdagangan,” katanya.

Jelasnya, jika aktiviti pelaburan dan perdagangan yang tidak boleh dipantau itu memerlukan DEIG membuat pinjaman, ia tentu akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti baru tersebut.

“Apa yang kita bimbang, ia akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut.

“Keadaan ini bakal menjurus kepada kehilangan aset milik MBI,” katanya

#DEIG: Jika Penasihat Ekonomi RM1 “Nilainya” Berjuta, RM2 Pula “Nilainya” Berbillion!

Darul Ehsan Investment Group (DEIG), syarikat bernilai RM2 telah “diamanahkan” untuk “menjaga” berbillion nilai wang rakyat Selangor sebenarnya telah menghina kemampuan rakyat untuk berfikir.

Jika nilai Penasihat Ekonominya RM1, nilai RM2 pula telah meletakkan RM30 billion diluar kuasa pantauan Dewan Undangan Negeri dengan status pendaftaran DEIG di bawah Akta Syarikat 1967.

Dengan keterikatan tersebut, segala aktiviti dan operasi serta kewangan tidak perlu dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri, tidak seperti Menteri Besar Corporation. Maknanya, syarikat tersebut bebas membuat apa sahaja dengan RM30 billion tersebut, dan hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah yang pasti tidak diketuai oleh Noh Omar atau Khalid Ibrahim. Dan lebih manis, ianya tidak terikat dengan sebarang keperluan untuk diaudit oleh mana-mana pihak.

Apa lagi yang lebih bersifat malapetaka daripada itu jika soal ketelusan seperti yang diagung-agungkan oleh kerajaan negeri?

Mengapa perlu DEIG, sedangkan Menteri Besar Incorporated telah melakukan peranan tersebut, disamping deretan anak syarikat negeri Selangor yang sebelum ini berjaya menjadi ejen pelaburan negeri?

Apa pula status harta dan aset MBI jika ianya dipindahkan kepada DEIG dalam situasi DEIG ialah sebuah syarikat yang tidak terikat dengan Enakmen Menteri Besar Selangor?

Jika ditakdirkan Azmin tidak lagi menjadi menteri besar, dan RM30 billion tersebut berada di dalam DEIG, apa ianya masih menjadi milik rakyat Selangor, atau hakmilik rakyat lebur gara-gara kewujudan DEIG adalah berdasarkan Akta Syarikat 1967, dan tidak terikat dengan Enakmen Menteri Besar Selangor?

Skandal terbaru ini bukan sahaja mengejutkan ADUN BN dan Bebas, tetapi juga ADUN DAP dan PAS yang turut mempertikaikan tindakan Azmin itu.

Apakah ini juga salah satu episod memfaraidkan harta rampasan perang?

Hebatnya negeri kebajikan, kerana Penasihat Ekonomi RM1 “bernilai” jutaan ringgit. Jadi, jangan hairan jika syarikat RM2 pula “bernilai” berbillion ringgit!

August 17, 2015

PMO Media Statement #Malaysia

Media Statement on the country's overall economic position by the Prime Minister's Office

The Economic Council in its meeting chaired by Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Razak today was briefed on the country’s overall economic position including the performance of the ringgit and the stock market by Bank Negara Malaysia and Bursa Malaysia.
Our economics fundamentals remain strong and this is reflected by the 4.9% second quarter GDP growth announced recently. Nevertheless, the government will continue to take proactive role in managing the economy following the challenges posed by the current global and domestic economic conditions. This initiative will involve all relevant Government agencies and ministries.

In the coming days, the Prime Minister will engage the private sector including corporate leaders to obtain their views on the current economic situation. The feedbacks received will be helpful in assisting the Government in undertaking necessary measures so thatMalaysia remains in the right trajectory to become a developed nation while ensuring the well-being and harmony of all Malaysians.

Prime Minister’s Office
Putrajaya
17 August 2015

August 14, 2015

Politik melampau kaburi fakta kekukuhan asas ekonomi


Amalan politik melampau di negara ini sudah mencapai tahap kritikal dan digunakan pihak tertentu bagi mengaburi pemikiran serta persepsi rakyat.

Penganalisis ekonomi dan politik, Profesor Dr Azmi Hassan melihat agenda percaturan politik yang digunakan bajet 2015 sudah ke tahap melampau sehingga mampu melumpuhkan ekonomi malah menggugat kestabilan negara.

“Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri kerana strategi politik melampau akan memudahkan seseorang mengaburi pemikiran dan persepsi rakyat,” tegas Prof Dr Azmi.

Pada ketika ini katanya, setiap isu yang melanda akan cuba dikaitkan dengan keadaan politik tempatan dan senario politik melampau membenarkan mereka yang menerima maklumat mempercayai tohmahan yang tidak berasas.

“Contoh nyata adalah tuduhan kejatuhan ringgit cuba dikaitkan dengan keadaan semasa politik tempatan pada hal isu ini adalah fenomena global,” katanya.

Apabila rakyat terpengaruh dengan dakwaan itu katanya, maka lebih mudah pihak yang mempunyai agenda seperti mahu menumbangkan kerajaan melalui saluran tidak sah mencapai hasrat mereka.

“Begitu juga sudah ada tekanan supaya kerajaan melaksanakan tambatan ringgit padahal isu ini sepatutnya tidak timbul kerana asas ekonomi negara masih kukuh. Tekanan seperti ini yang tidak berasas tetapi dilakukan demi kepentingan politik sempit sedikit sebanyak akan gugat ekonomi negara kerana keputusan oleh kerajaan pasti dipengaruhi oleh tekanan tuduhan walaupun ianya tidak berasas,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengendurkan suhu politik dengan cara mengurangkan penerangan sesuatu isu tanpa menggunakan pendekatan strategi politik.

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) katanya mampu diperjelaskan tanpa dipolitikkan lantaran ada negara lain menjadikan isu seperti 1MDB demi kepentingan mereka.

“Yakni CEO 1MDB itu sendiri sepatutnya berada dihadapan untuk menerangkan dan bukannya orang politik azmi 1mdbseperti Perdana Menteri atau Menteri,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih mudah dan terang maksudnya jika kerajaan mematahkan serangan bermotif politik dengan strategi pertahanan yang tidak berasaskan politik juga.

“Dengan kaedah ini rakyat akan menilai pihak mana yang perlu diletakkan sebagai kepentingan negara di hadapan,” katanya.

Selai itu, beliau juga menggesa rakyat agar bersikap adil kepada semua pihak, menilai berita yang diterima terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

“Sikap orang Malaysia kini sebaliknya, yang fitnah dipercayai, yang fakta dikemudiankan, ditolak tepi, ini tidak sihat, maka nampak seolah kita tidak matang menggunakan kemudahan media sosial, sepatutnya, kita lebih bijak kibar bendera malaysiatetapi makin mundur apabila sama-sama menyebarkan fitnah dan terperangkap dengan berita negatif,” katanya.

Beliau menutup temubual dengan menyatakan bahawa penilaian yang saksama hanya mampu tercapai jika pengaruh pemikiran politik berada di tahap minima.

Jika tidak penilaian sentiasa berat sebelah, katanya lagi.

Oleh : AZMAH DAHARI
BNBBC

#HidupBN
#KekalNajib

Warkah untuk Rakyat #Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.


Wassalam,
Amin bin Yatim
Petaling Jaya

#kekalnajib

August 11, 2015

Apakah Kisah Di Sebalik RM2.6 Bilion?#kekalnajib

Dalam blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya bahawa RM2.6 bilion yang didermakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datangnya daripada Timur Tengah kerana orang Arab tidak begitu bermurah hati dan tidak mudah untuk mendapatkan wang daripada mereka.


Sebenarnya, kisah disebaliknya adalah benar. Kerajaan Timur Tengah membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk membantu apa yang mereka anggap sebagai negara-negara Islam yang miskin, pemimpin serta pertubuhan meskipun terdapat kebimbangan bahawa wang itu akan disalurkan kepada organisasi pengganas.


Pada Januari tahun ini, The Huffington Post melaporkan bahawa keluarga Diraja Saud telah menderma kira-kira US$100-US200 bilion dalam tempoh 30 tahun kepada kerajaan asing, pergerakan dan organisasi termasuk personaliti yang dilihat sebagai rakan kepada kerajaan Arab Saudi.


Fakta bahawa angka sebenar tidak diketahui adalah disebabkan semuanya dilakukan secara rahsia malah The Huffington Post menyatakan ia bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya jumlah itu lebih besar daripada yang sepatutnya.


Qatar dan Emiriah juga dikatakan melayangkan wang mereka ke seluruh dunia untuk membantu negara Islam yang miskin, dengan ada yang menyamar untuk menyebarkan Islam tetapi realitinya ia bertujuan mempengaruhi pembeli, sama seperti pelobi Amerika Syarikat lakukan.


Amerika Syarikat (AS) menyedari mengenainya namun apa yang menjadi tanda-tanya kenapa AS berdiam diri dan tidak berkata apa-apa? Adakah AS menyokong apa yang kerajaan Timur Tengah lakukan? Adakah AS menyokong langkah oleh negara-negara Timur Tengah untuk mengekalkan sekutu AS dengan AS.


Dan ini, menurut laporan media barat, adalah jumlah yang dibelanjakan untuk membantu menyebarkan atau penyebaran Islam dan tidak termasuk sebab-sebab lain. Salah satu punca, tentulah untuk memastikan kerajaan asing kekal mesra dengan Arab Saudi dan tidak memberikan tekanan untuk melaksanakan demokrasi serta pilihan raya secara terbuka.


Dalam kata lain, Arab Saudi mahu meneruskan pemerintahan monarki mutlak dan untuk menjayakannya, kerajaan asing perlu menjadi rakan yang mesra dengan negara itu. Arab Saudi membeli rakan-rakan dengan menderma wang kepada mereka. Sebab itulah ketika banyak negara mengecam Iraq, Iran, Turki, Mesir, Libra, Syria, etc, kerana kurangnya demokrasi di negara terbabit, tiada sepatah perkataan pun yang memperkatakan mengenai pemerintahan monarki atau emir di Arab Saudi atau negara Timur Tengah lain.


Pakistan melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi meluluskan US$35 bilion pada 2005 untuk pembinaan madrasah dan masjid di Asia Tenggara. Berbilion lagi sedang dicurahkan ke negara barat untuk membina pusat kebudayaan Islam, yang menjadi topeng kepada masjid. Meskipun semua ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyebarkan Islam, namun hakikatnya ia lebih kepada usaha menyebarkan pengaruh dan membuat kawan.


Dan bukankah ini yang dilakukan oleh barat dan Amerika, membuat kawan melalui bantuan kewangan?


Jadi, ia bukan sengaja dibuat-buat apabila Timur Tengah dan negara-nagara Arab membuat sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia. Di mata orang-orang Arab, ia tidak menyalahi undang-undang atau bermoral. Ia adalah sebahagian daripada perniagaan dan membuat kawan serta mendapatkan sokongan.


Bukankah Anwar Ibrahim, juga, menerima derma daripada Arab Saudi untuk membiayai kegiatan Islam pada 1970-an sebelum menyertai UMNO? Malah, dia terus menerima bantuan Arab lama selepas dipecat dari UMNO dan dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, seperti yang didedahkan oleh program televisyen Australia kira-kira 14 atau 15 tahun lalu.


Menurut Perdana Menteri, wang yang diterimanya bukan diseludup atau wang haram yang dibawa masuk ke dalam negara dan ia dilakukan dengan pengetahuan Bank Negara. Bank Negara juga tidak pernah menyatakan ia tidak menyedari mengenai wang itu.


Hakikatnya wang itu tidak disembunyikan atau dimasukkan ke dalam pemegang amanah atau akaun bank proksi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kerana tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikannya. Jika beliau mahu menyembunyikan wang itu, beliau bukan sahaja boleh menyimpannya dalam akaun bank proksi tetapi juga menggunakan akaun di luar negara seperti di Hong Kong. Maka tiada siapa yang akan menjadi lebih bijak.


Terdapat tuduhan ia adalah wang penggubahan haram. Wang itu adalah penggubahan haram jika ia menyalahi undang-undang atau wang yang kotor dan anda membersihkannya dengan menjadikannya sah di sisi undang-undang. Wang yang diperolehi secara sah dan tidak diperolehi melalui aktiviti jenayah serta tidak disembunyikan, tidak boleh digelar penggubahan wang haram.


Seperti yang dijelaskan, hakikat bahawa Najib memilih untuk menjadikan urusniaga itu telus dengan membenarkan Bank Negara melihatnya dan dengan memasukkan ke dalam akaun peribadinya, adalah supaya semua syak wasangka dapat dielakkan.


Saya meragui Najib begitu bodoh untuk menyimpan wang yang dicurinya dalam akaun peribadi beliau apatah lagi ia melibatkan jumlah yang besar ketika kita boleh menggunakan pemegang amanah, proksi dan bank luar negara untuk menyembunyikannya.


RM2.6 bilion adalah jumlah yang terlalu besar untuk disembunyikan dalam mana-mana akaun bank di Malaysia. Walaupun hanya RM50,000 untuk pemindahan ke luar negara, ia akan menarik banyak soalan daripada Bank Negara.


Raja Petra Kamaruddin

#kekalnajib


July 28, 2015

Menteri-menteri Baharu Janji Pikul Amanah Penuh Tanggungjawab

Meteri-menteri Baharu Janji Pikul Amanah Penuh Tanggungjawab

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Tujuh menteri baharu dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berikrar menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

Perkhidmatan mereka berkuat kuasa esok.

Dalam reaksinya, Mahdzir mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan beliau melantiknya menyandang jawatan Menteri Pendidikan.

Mahdzir yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata jawatan itu merupakan amanah besar kerana sektor pendidikan merupakan tunjang untuk mencapai negara maju.

"(Saya) berazam memastikan sektor pendidikan di negara ini lebih ke hadapan dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua pihak dalam menjalankan tugas yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah dan Anggota Parlimen Padang Terap mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang pula menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya beliau mengetahui tentang pelantikannya itu menerusi radio.

"Saya terperanjat dengan berita itu tetapi berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi keyakinan kepada saya untuk menyertai barisan kabinet baharu ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azalina yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berharap pelantikannya itu dapat memberi kekuatan kepada barisan Kabinet baharu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Azalina pernah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan pada 2008 hingga 2009 dan Menteri Belia dan Sukan pada 2004.

Wan Junaidi ketika dihubungi Bernama turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Najib di atas kepercayaan beliau melantiknya menyandang jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

"Harapan saya untuk selesaikan isu-isu berkaitan alam sekitar termasuk pengurusan banjir dan saliran demi kesejahteraan rakyat negara ini.

"Saya akan berbincang dengan agensi berkaitan mengenai perkara ini dan saya harap kami dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap," katanya yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri G. Palanivel.

#KekalNajib
#CabinetReshuffle

May 21, 2015

Rancangan Malaysia ke Sebelas #RMK11 #MewangiTaburBakti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, wa bihi Nastai’n
Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, suri tauladan sepanjang zaman.

Tuan Yang Dipertua,

Saya dengan penuh ta’zim berdiri dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengemukakan satu usul:

Bahawa Dewan ini,

menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;

merestui usaha Kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam merangka dan merencana Rancangan Malaysia ke 11 seterusnya;

meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; dan

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ke-11, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.

Tuan Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat,

1. Beberapa hari yang lalu, kita baru sahaja meninggalkan bulan Rejab. Hari ini pula, Khamis 21 Mei, jatuhnya bersamaan 3 Syaaban 1436 Hijrah, pada salah satu bulan yang mulia, sampailah masa dan ketika yang ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa, sebuah lagi dokumen penting lagi bersejarah akan dipersembahkan.
2. Sepertimana tercatat dalam kitab suci Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 26 dan Ayat 54. Mafhumnya, naik turun atau jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah dalam rahsia dan kekuasaan penuh Pemilik semesta raya, bukannya di tangan makhluk.

3. Begitulah juga, kemampuan manusia merancang, amat terbatas, kerana sebaik-baik Perancang adalah Tuhan seru sekalian alam.
Tuan Yang Dipertua,

4. Menyusur titian masa, semenjak tahun 1971 hingga 1990, kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru atau DEB, dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, yang mengutamakan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

5. Di mana ketika itu, untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.

6. Kemudiannya, bermula tahun 1991, sampai kepada tahun 2000, diperkenalkan pula, oleh Tun Dr. Mahathir, Dasar Pembangunan Nasional yang berfokuskan pembangunan seimbang dan membawa kepada lahirnya Wawasan 2020.

7. Dalam pada itu, Dasar Wawasan Negara dilaksanakan, melewati tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini pula, memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara maju menjelang 2020.

8. Selanjutnya, dalam episod-episod bersilih ganti, diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tuan Yang Dipertua,

9. Sebelum itu, elok saya menjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya, dan rakyat dikasihi di luar sana, tentang pelbagai dokumen yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan, sama ada dalam parlimen atau, di majlis-majlis rasmi.

10. Pertamanya, saban tahun, dalam dewan yang mulia ini, Kerajaan usulkan bajet-bajet negara, yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.

11. Manakala, kira-kira 3 minggu yang lepas, di Angkasapuri, saya telah menyampaikan Laporan Tahunan, merangkumi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

12. Dokumen itu pula, diseliakan oleh pasukan PEMANDU, bersama kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan.

13. Rancangan Malaysia ini pula, ianya di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi atau EPU. Untuk pengetahuan ramai, semenjak Unit ini ditubuhkan pada tahun 1961, tugas utamanya adalah untuk menyediakan Rancangan pembangunan negara.

14. Jadinya, jika dihimbau semenjak 5 dekad lalu, melalui 10 rancangan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional telah menempa dan mencipta pelbagai ceritera kejayaan yang dapat diperbanggakan.

15. Ini bermakna, Alhamdulillah, negara bertuah ini telah mencapai kemajuan yang dikagumi, dan terus berada di jajaran yang betul serta kukuh.

Tuan Yang Dipertua,

16. Di sinilah, satu hal yang perlu difahami baik-baik, bahawa, kesemua dasar dan wawasan,… setiap satu rancangan,… adalah tali temali, saling kait berkait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain secara konsisten sejak puluhan tahun yang lalu.

17. Ertinya,… adalah tidak benar, jika sesetengah pihak menuduh kononnya, dasar Kerajaan hari ini terpisah daripada dasar-dasar yang sebelumnya.

18. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan bahawa, segala perancangan,… gagasan dan dasar Kerajaan Perikatan, membawa kepada Barisan Nasional,… sejak meraih kemerdekaan,… bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu,… hinggalah kini, kita terus berkesinambungan dan beristiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama.

19. Jelasnya,… bertitik tolak dari Rancangan Malaysia Pertama yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan Parti Perikatan selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang pertama tahun 1964, sehinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah mampu memperoleh pelbagai nikmat kejayaan.

Tuan Yang Dipertua,

20. Antara 10 pencapaian dan kisah yang boleh diperbanggakan sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu adalah,… Pertamanya,… pada tahun 1970 nilai KDNK adalah 71.1 bilion ringgit, berbanding pada tahun 2014, ia telah meningkat kepada 1.1 trilion ringgit.

21. Malaysia juga boleh berbangga, kerana telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi, antara yang tertinggi di Asia, yakni secara purata pada kadar 6.2 peratus setahun sejak lima dekad yang lalu.

22. Kedua, dari sudut struktur ekonomi, kita telah beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian, dengan sumbangan 31.8 peratus kepada KDNK pada tahun 1970, kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan, dengan sumbangan pada kadar 76.5 peratus kepada KDNK. Walhal, sektor pertanian telah menguncup kepada paras 9.2 peratus pada tahun lepas.

23. Ketiga, pendapatan bulanan purata isi rumah, juga meningkat lebih 20 kali ganda. Yakni, daripada 264 ringgit sebulan pada tahun 1970 kepada 6,141 ringgit sebulan pada tahun 2014. Manakala, pendapatan penengah atau median income sebulan pada tahun 1970 daripada 166 ringgit, telah meningkat kepada 4,585 ringgit sebulan tahun lalu.

24. Keempat, setakat RMK-10, sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman. Bagi isi rumah miskin pula, 75.3 peratus telah berjaya mempunyai rumah sendiri.
25. Kelima, sehingga kini, 95.1 peratus daripada penduduk di seluruh negara, telah mendapat akses kepada bekalan air bersih, dan 97.6 peratus pula, mendapat bekalan elektrik.

26. Keenam, jika pada tahun 1970, hanya 75 peratus rakyat Malaysia boleh membaca dan menulis. Syukurlah, hal ini, kadar literasi telah meningkat kepada 98 peratus.

27. Ketujuh, sebanyak 27 peratus daripada tenaga buruh kini mempunyai pendidikan tertiari, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding 6 peratus pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga.

28. Kelapan, kadar pengangguran telah menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 2.9 peratus pada 2014.

29. Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula, telah meningkat sebanyak 10 kali ganda, yakni, daripada 2.4 peratus pada tahun 1970, kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

30. Dan kesepuluhnya, kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada 2014 yang lalu. Jadinya, bersyukur kita bahawa, kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan.

Tuan Yang Dipertua,

31. Sebermulanya saya mengambil tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara dihitung dari tahun 2011 sehingga 2020.

32. Dasar Transformasi Nasional ini, dirangka sebagai satu peta halatuju negara, dengan tujuan mentransformasi Malaysia secara tuntas dan holistik, demi melonjakkan kita sebagai sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.

33. Ia berasaskan kriteria-kriteria antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.

34. Ringkasnya, kita mahu mencapai satu bentuk kecapan kemakmuran dan kejayaan negara kepada seluruh rakyat, di mana tidak ada mana-mana golongan pun yang akan berasa tercicir atau terpinggir.

Tuan Yang Dipertua,

35. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional inilah, lahirnya setakat ini 6 program. Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan Program Transformasi Fiskal. Hari ini, satu lagi kertas mustahak, akan saya sampaikan, yakni Rancangan Malaysia Kesebelas.
36. Berhubung rapat dengan falsafah tunjang Dasar Transformasi Nasional yang saya takrifkan sebentar tadi pula, sebelum saya meneruskan dengan pembentangan, moleklah diberi gambaran, bagaimanakah yang dikatakan rupa wajah sebuah Malaysia yang maju itu kelak, pabila tiba penghujungnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

37. Sebagaimana kita perlu faham, Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju. Pada waktu itu, kita seharusnya telah mencapai beberapa perkara seperti:

38. Pendapatan Negara Kasar per Kapita telah mencecah 15 ribu dolar Amerika. Dari piawaian antarabangsa, nilai ini telah menepati tahap pendapatan sebagai negara maju. Walaupun demikian, sesebuah negara maju tidak boleh hanya didefinasikan dari sudut pendapatan per kapita.

39. Ringkasnya, pada hemah saya, kita perlu membangunkan sebuah tamadun holistik, di mana masyarakatnya memiliki nilai-nilai tinggi, berakhlak, mencintai pula ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai seni budaya dan warisan serta memiliki minda yang mencerminkan pula rakyat sebuah negara maju.

Tuan Yang Dipertua,

40. Makanya, melangkah ke hadapan, buat julung kali setelah menerima mandat daripada rakyat secara demokrasi pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu, dengan kehendak dan izin yang Maha Berkuasa, saya bentangkan di sini, Rancangan Malaysia Kesebelas dengan Enam Strategi Tumpuan :

Pertama : Inklusiviti;
Kedua : Kesejahteraan Rakyat;
Ketiga : Modal Insan;
Keempat : Pertumbuhan Hijau;
Kelima : Infrastruktur; dan
Keenam : Inovasi dan Produktiviti

41. Bagi mempastikan Enam Strategi Tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya, game changers berikut, akan dilaksanakan sebagai pemangkin ke arah lonjakan yang signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Pertama : Meningkatkan Produktiviti;
Kedua : Menjana Kekayaan Melalui Inovasi;
Ketiga : Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah;
Keempat : Menteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET;
Kelima : Melaksana Pertumbuhan Hijau; dan
Keenam : Melabur di Bandar-bandar Berdaya Saing.

Tuan Yang Dipertua,

42. Merujuk strategi tumpuan inklusiviti, Kerajaan akan berikhtiar bersungguh-sungguh agar tiada golongan rakyat yang akan tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara.

43. Adalah hakikat, di dunia ini, bagaimana maju pun sesebuah negara itu seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, there will always be vulnerable groups, mereka yang berpendapatan rendah,…golongan gelandangan dan yang tidak mempunyai pekerjaan.

44. Selain daripada itu, Malaysia akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah yakni Bottom 40 percent, atau selepas ini saya akan sebut sebagai B40. Untuk makluman, menurut perangkaan, golongan B40 ini, kini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.

45. Oleh yang demikian, dalam tempoh Rancangan ini, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang 2,500 ringgit sebulan pada tahun 2014 kepada lebih 5 ribu ringgit sebulan pada tahun 2020 kelak. Ke arah ini, Kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti.

46. Bahkan, kadar pekali Gini negara dijangka semakin mengecil daripada 0.401 pada tahun 2014, kepada 0.385 pada tahun 2020. Untuk makluman semua, dari sudut ekonomi, lebih kecil nilai pekali Gini, bererti kita makin berada dalam keadaan lebih baik, dengan pengagihan pendapatan yang lebih saksama di kalangan rakyat.

47. Bagi menangani kos sara hidup isi rumah B40 ini, inisiatif-inisiatif seperti Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia akan terus dilaksanakan. Pelbagai lagi inisiatif baru akan dibuat dan diperkenalkan sepanjang tempoh Rancangan ini.

48. Pendapatan isi rumah B40 juga dapat dipertingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi. Bagi yang berminat untuk berniaga pula, program sokongan keusahawanan akan ditambah baik khususnya, perusahaan mikro dan kecil.

49. Di samping itu, saya menyeru dan mahukan sektor swasta, terutamanya syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, supaya menyumbang kepada pembangunan golongan ini dengan cara menempatkan premis perniagaan atau kilang-kilang mereka, di kawasan majoriti penduduk B40.

50. Seperkara lagi, masyarakat kelas menengah seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan, dapat ditingkatkan saiznya daripada 40 peratus sekarang, kepada 45 peratus bila tibanya tahun 2020.

Tuan Yang Dipertua,

51. Dalam hal memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, tentulah tumpuan akan diberikan kepada kanak-kanak, belia, warga emas, wanita dan kaum majoriti Bumiputera.

52. Bagi golongan wanita, peranan mereka bukan sahaja terhad kepada pembentukan keluarga yang bahagia tetapi juga menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi.

53. Kadar penglibatan tenaga kerja wanita akan meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2014, kepada 59 peratus menjelang 2020.

54. Kerajaan juga akan terus melaksanakan dasar yang menentukan pembabitan wanita di peringkat pengurusan dan pembuat keputusan pada kadar 30 peratus di sektor awam dan swasta.

55. Kepada golongan belia pula, yang menjadi harapan dan aset penting negara, dengan Dasar Belia Negara yang baru, Kerajaan mahukan potensi mereka dicapai sepenuhnya melalui pengupayaan, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, sukan dan kesukarelawan.

56. Ke arah ini, seperti mana dalam Bajet 2015 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi 1Malaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit.

57. Di bawah RMK-11 pula, 1Malaysia Youth City akan mempunyai ekosistem komprehensif, bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan, termasuklah rumah transit.

58. Bagi golongan kanak-kanak pula, pusat penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas akan diperbanyak. Sementara itu, bagi yang berumur 13 hingga bawah 18 tahun, dan tinggal di institusi kebajikan akan diberi peluang untuk mendapat pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET.

59. Selanjutnya, sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditabur oleh warga emas kepada negara ini akan senantiasa dihargai. Justeru, sebagai masyarakat penyayang dan prihatin, fasiliti penjagaan warga emas akan ditambah baik dan diperbanyakkan dari masa ke semasa sepanjang tempoh Rancangan ini.

60. Seterusnya, bagi golongan orang kurang upaya, Kerajaan akan memperkukuh kesejahteraan mereka dengan memperluaskan lagi peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan kepada mereka.

61. Melalui Rancangan ini, Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta mensasarkan penambahan 7 lagi pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara, yang akan memberi manfaat kepada sejumlah hampir 11 ribu OKU.

62. Kerajaan juga komited mencapai sasaran penyertaan OKU untuk mengisi lebih 16 ribu jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas. Kini, seramai hampir 4 ribu OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam.
Tuan Yang Dipertua,

63. Selaras dengan konsep inklusiviti, bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi, tumpuan turut diberikan kepada semua kumpulan etnik, sub-etnik dan kumpulan minoriti hatta rakyat Malaysia berketurunan Siam dan Portugis.

64. Antaranya, Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina akan diteruskan dengan menumpukan kepada pinjaman mikro kredit.

65. Bagi masyarakat India pula, satu Blueprint yang menggariskan hala tuju pembangunan sosioekonomi mereka akan disediakan.

66. Untuk Orang Asli dan Bumiputera di Sabah serta Sarawak, tumpuan akan diberikan kepada pemberian hak milik tanah adat atau NCR bagi menggalakkan pembangunan tanah dengan teknologi moden melalui agensi kerajaan berkaitan.

67. Kepada masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani serta isi rumah yang bekerja sendiri, akan disediakan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan termasuk memodenkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka.

Tuan Yang Dipertua,

68. Bercakap tentang pembangunan bandar dan luar bandar secara saling melengkapi, penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalanraya akan diteruskan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

69. Kerajaan akan membina 3 ribu kilometer jalan berturap lagi di luar bandar bagi tempoh 2016 sehingga 2020. Akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara pula, akan dipertingkatkan kepada 99 peratus pada tahun 2020.

70. Bagi bekalan air bersih dan terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar pula, sukacita dinyatakan, lebih 10 bilion ringgit akan diluluskan.

71. Manakala, lebih 3 bilion ringgit lagi, turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar. Ini,… akan memberi impak kepada hampir 40 ribu rumah.

Tuan Yang Dipertua,

72. Dari aspek pembangunan ekonomi wilayah, dalam tempoh 2011 sehingga 2014, lima koridor, iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak, telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak 307 bilion ringgit, dengan 57 peratus atau 175 bilion ringgit pelaburan. Jumlah pelaburan ini, menjana sebanyak lebih 427 ribu peluang pekerjaan.

73. Maka, untuk RMK-11 ini, Kerajaan mensasarkan sebanyak 236 bilion ringgit pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470 ribu pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut.

Tuan Yang Dipertua,

74. Berhubung hal pembangunan ekonomi wilayah juga, sukacita saya umumkan,… Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley.

75. Malaysia Vision Valley ini yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan, meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108 ribu hektar.

76. Sebagai makluman, Malaysia Vision Valley ini merupakan satu lagi projek pembangunan bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Tuan Yang Dipertua,

77. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pula, akan terus menjadi agenda nasional. Peratus Bumiputera kepada populasi negara kini, adalah 68 peratus berbanding 62 peratus 25 tahun yang lalu.

78. Maka dengan itu, inisiatif-inisiatif bagi Bumiputera bukan sekadar harus, tetapi wajib dilaksanakan. Kerajaan akan tetap memperjuangkan dasar-dasar Bumiputera, tetapi mestilah berasaskan meritokrasi sesama Bumiputera.

79. Seterusnya, ucapan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada 2013, kita komited dan berazam sepenuhnya, untuk mensasarkan kadar 30 peratus Pemilikan Ekuiti Bumiputera, berjaya dicapai menjelang 2020 nanti. Insya-Allah.

80. Seterusnya lagi, untuk meningkatkan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

Tuan Yang Dipertua,

81. Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan.

82. Oleh itu, di bawah RMK-11 ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada 73 ribu katil pada tahun 2020.

83. Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi pembinaan 6 hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran. Manakala, 2 buah hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf. Selain pembinaan hospital baru, Kerajaan juga sedang giat menyiapkan hospital di Sri Aman, Sarawak.

84. Di samping itu, bagi menambahbaik akses kepada penjagaan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak 33 juta ringgit.

85. Pada masa yang sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi akan disediakan. Matlamat Rancangan ini, menjelang tahun 2020, nisbah doktor kepada penduduk dijangka meningkat kepada seorang doktor bagi setiap 400 penduduk.

86. Dalam perkara ini, sekalipun World Health Organization atau WHO, tidak menetapkan apa-apa nisbah khusus, namun sekadar perbandingan dan makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, nisbah doktor kepada populasi kita kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura 1 kepada 502, manakala di United Kingdom adalah 1 kepada 358. Ini adalah satu hal yang sungguh positif.

87. Bahkan, selain daripada perkhidmatan kesihatan awam kita yang hampir percuma, yakni bayaran hanya seringgit jika kita ke Hospital Kerajaan dan Klinik 1 Malaysia,…bagi rawatan pesakit luar.

88. Secara keseluruhannya lagi, WHO telah mengiktiraf bahawa, sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di rantau Pasifik Barat.

89. Meskipun begitu, kita perakui hakikat bahawa kita masih perlu menangani kekurangan pakar-pakar perubatan khususnya, di kawasan-kawasan luar bandar.

Tuan Yang Dipertua,

90. Rumah tempat tinggal, dan bumbung tempat berlindung dari panas dan hujan, adalah antara 3 keperluan asas kehidupan kepada semua.

91. Seiring ini, bagi meneruskan agenda pemilikan perumahan rakyat, semenjak 2013, Kerajaan mensasarkan untuk membina 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat.
92. Jadinya, bagi merealisasikan sasaran tersebut, pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta antaranya, menerusi program PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

93. Daripada jumlah 1 juta unit rumah yang dihasratkan tersebut, sebanyak 182 ribu unit rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015. Di samping itu, kira-kira lebih 23 ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.

94. Jikalau, dalam tempoh RMK-10, sekitar 74,300 unit rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta di pelbagai negeri, di bawah RMK-11 pula, sejumlah 653 ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak.

Tuan Yang Dipertua,

95. Sebagai satu program baru lagi, yang akan mengubah wajah rumah-rumah di kampung dan luar bandar, sukacita saya mengumumkan bahawa, satu program baik-pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak 400,000 rumah dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 5,000 ringgit hingga 10,000 ringgit akan diperuntukkan kepada setiap rumah.

Tuan Yang Dipertua,

96. Sememangnya bidang sukan merupakan medium perpaduan yang sangat diminati dan popular di kalangan rakyat. Oleh itu, Kerajaan akan menggalakkan bidang ini demi melahirkan atlet-atlet jagoan dan bertaraf dunia seperti Dato’ Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Sazali Abdul Samad dan Pandelela Rinong.

97. Lantaran itu, bagi melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang, di bawah RMK-11, Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan dalam sukan badminton, manakala Universiti Teknologi MARA akan menumpukan kepada kecemerlangan sukan bola sepak.

98. Di samping itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di Gambang Pahang, yang telah dilancarkan pada tahun 2014 akan terus diperhebat demi mempastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan secara berterusan, dilaksanakan pada peringkat usia muda.

Tuan Yang Dipertua,

99. Kemajuan juga bererti berkembangnya kesenian, kebudayaan dan ketamadunan. Sebab itulah, RMK-11 turut mementingkan golongan karyawan dan penggiat seni tanahair.

100. Untuk itu, aktiviti kesenian akan dipergiat dengan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA, daripada tahap akademi kepada status universiti dalam usaha menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber. Sehubungan itu juga, industri kreatif akan terus dipergalakkan.

Tuan Yang Dipertua,

101. Modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara. Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah.

102. Berhubung ini, sukalah saya maklumkan, melalui RMK-11 ini sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan baharu, bakal diwujudkan.

103. Antara langkah yang akan diambil ialah, menambah baik produktiviti buruh dan gaji, serta mempertingkatkan kecekapan operasi pasaran buruh.

104. Selanjutnya, pada akhir tempoh RMK-11 kelak, Kerajaan mensasarkan peningkatan produktiviti buruh pada kadar purata 3.7 peratus setahun, berbanding 2.6 peratus setahun pada RMK-10.

105. Dalam Rancangan ini, Kerajaan juga mensasarkan agihan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada 40 peratus, berbanding dengan 34 peratus pada tahun 2013. Maksudnya, jika sesebuah syarikat menjana 10 ribu ringgit, agihan yang diberikan kepada pekerja adalah secara puratanya 4 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

106. Merujuk kepentingan dan kebajikan warga kerja, Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras kepada majikan dalam menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti, kemahiran, kelayakan dan kepakaran pekerja.

107. Dalam pada itu, paras Gaji Minimum akan terus dikaji secara berkala berasaskan persetujuan tripartite, yakni pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan pekerja.

Tuan Yang Dipertua,

108. Realitinya lagi, dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab itu, Kerajaan mahu supaya lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan, yang jumlahnya kini hanya 25 peratus daripada tenaga kerja.

109. Rancangan ini bermatlamat melonjakkan jumlahnya kepada 35 peratus, supaya dapat beriring dengan graduan akademik dan profesional.

110. Sebab itulah, dalam mengatasi dan mendepani keperluan ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET akan diperkasakan.

111. Ke arah ini, sukacita saya mengumumkan antara lain, 1 bilion ringgit akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding 500 juta ringgit pada tempoh Rancangan yang lalu.

112. Melalui program ini, lepasan TVET berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan, perkapalan serta automotif.

113. Selain itu, Program Sistem Latihan Dual Nasional disesuaikan daripada model latihan TVET di negara Jerman yang 70 peratus kandungan latihan adalah berorientasikan apprenticeship. Ianya dijangka meningkatkan jumlah pelatihnya daripada 164 ribu kepada 225 ribu pelatih pada tahun 2020.

114. Sehubungan ini, bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini, Kerajaan bercadang memberi insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan.
Tuan Yang Dipertua,

115. Laginya, dalam ikhtiar meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang dilaksanakan dengan rapi.

116. Daya saing sesebuah negara bergantung kepada penguasaan kita dalam pendidikan STEM atau Science, Technology, Engineering and Mathematics. Begitu juga, pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan bahasa kebangsaan sebagai pengukuhan jati diri rakyat Malaysia.

117. Di samping itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pendidikan agama dan moral adalah di antara subjek yang perlu diberi keutamaan.

Tuan Yang Dipertua,

118. Seperkara yang mustahak lagi, ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia, dalam tempoh Rancangan,… kadar penyertaan murid dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah akan disasarkan kepada 100 peratus enrolmennya menjelang 2020.

119. Untuk pendidikan rendah dan menengah juga, sejumlah sekurang-kurangnya 80 buah sekolah baru akan dibina di seluruh negara dalam tempoh 2 tahun pertama semasa Rancangan, meliputi antaranya 2 buah di Perlis, 2 buah di Melaka, 5 buah di Sabah dan 5 buah lagi di Sarawak.

120. Ini tidak termasuk sebagai contoh, dua buah Maktab Rendah Sains MARA yang akan dibina di Sik, Kedah dan Tanah Merah, Kelantan, serta sebuah sekolah menengah yang majoritinya Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang sudah hampir siap binaannya.

121. Manakala, beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak.

122. Menyentuh pendidikan tinggi pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) merupakan antara strategi utama RMK-11.

123. Langkah ini dijangka dapat menyokong pencapaian sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.
Tuan Yang Dipertua,

124. Berbicara tentang pertumbuhan hijau, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009, Malaysia telah dengan secara sukarela mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020.

125. Sehingga akhir tahun 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33 peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK, hasil daripada pelaksanaan langkah mitigasi.

126. Di sudut ini juga, senario global warming yang berlaku di seluruh dunia telah mengakibatkan pelbagai bencana alam seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh. Ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi serta punca pendapatan dan keselamatan rakyat.

127. Selain itu, untuk projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir.

128. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu.

Tuan Yang Dipertua,

129. Pembangunan infrastruktur adalah tulang belakang dalam melonjakkan kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.

130. Rancangan ini menarik perhatian kepada antaranya beberapa pembangunan infrastruktur yang akan memberi impak tertinggi dalam mencapai status negara maju. Ini, termasuklah pembinaan lebuhraya, kemudahan MRT dan LRT, loji janakuasa elektrik, loji rawatan air, dan inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi.

131. Bagi pembangunan rangkaian jalan raya, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak.

132. Manakala, Central Spine Road, yang menghubungkan Kuala Krai ke Simpang Pelangai Pahang dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai akan menambah-baik hubung-jalin di Semenanjung Malaysia dan memangkin pertumbuhan di wilayah pantai timur.
133. Kemudiannya lagi, Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada tahun 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor.

134. Juga, Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

135. Bagi pengangkutan awam juga, suka saya kongsikan, pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-11.

136. Pembinaan High Speed Rail juga untuk makluman Tuan Yang Dipertua, yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura, akan dilaksanakan.

137. Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit. Setelah siapnya projek ini kelak, akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.

Tuan Yang Dipertua,

138. Berkait perkhidmatan jalur lebar pula, Kerajaan akan meningkatkan liputannya secara menyeluruh, melalui Inisiatif Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau HSBB2, dan Inisiatif Jalur Lebar Pinggir Bandar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

139. Dengan ini, sukacita dimaklumkan, menjelang 2020, semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan mendapatkan akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat.

140. Manakala, saudara-saudara kita di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat…dalam kata lain, lagi laju daripada rumah kita sekarang ini.

Tuan Yang Dipertua,

141. Seterusnya, loji-loji janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 Megawatt kuasa elektrik akan dibina. Antaranya adalah 3 buah projek loji janakuasa elektrik arang batu di Johor, Perak dan Negeri Sembilan serta 2 buah projek loji janakuasa elektrik gas di Pulau Pinang dan Johor.

142. Ini semua, dengan anggaran jumlah kos pelaburan sebanyak 28 bilion ringgit dan akan mewujudkan lebih kurang 35,000 jumlah peluang pekerjaan baharu.

Tuan Yang Dipertua,

143. Loji Rawatan Air Langat 2 pula adalah penting bagi menjamin bekalan air yang berterusan. Margin rizab bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada masa sekarang adalah lebih kurang 4 peratus.

144. Bagi mempastikan margin rizab di antara 10 hingga 15 peratus seperti yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, pelaksanaan ini perlu disegerakan. Kelewatan pelaksanaan projek ini akan menyebabkan integriti bekalan air dan kesejahteraan rakyat Selangor serta Lembah Kelang terjejas.

Tuan Yang Dipertua,

145. Di sudut lain, perkhidmatan pembetungan bersambung pula disasarkan meningkat daripada 63 peratus kepada 80 peratus di bandar utama. Oleh itu, Projek Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kinta Barat, Papan, Perak,… akan dibina dengan anggaran kos berjumlah 2 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

146. Berhubung sumber gas asli, medan gas yang sedia ada, khususnya di Semenanjung Malaysia semakin matang. Dari itu, kemudahan pengimportan gas asli perlu ditambah untuk memenuhi permintaan gas asli pada masa hadapan.

147. Lantasnya, Terminal Regasifikasi 2 sedang dibina di Pengerang, Johor sebagai tambahan kepada Terminal Regasifikasi 1 di Melaka, yang mula beroperasi pada tahun 2013.

148. Selain itu, pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang akan terus dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak 53 bilion ringgit pada 2016.

149. Selain daripada itu, projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini, termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak, pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan penambahbaikan Pelabuhan Kuantan. Terminal Padang Besar juga akan dinaiktaraf dalam merancakkan lagi kendalian kargo dari Selatan Thailand untuk dieksport melalui Pelabuhan Klang.

Tuan Yang Dipertua,

150. Seterusnya, kajian empirikal membuktikan bahawa wujudnya korelasi yang kuat antara inovasi dan produktiviti. Survival dan berjayanya sesebuah organisasi atau negara itu, sangat bergantung kepada penekanan terhadap dua perkara ini.

151. Justeru, untuk sentiasa kekal mendepani kelok kemajuan, Malaysia akan terus membudayakan inovasi yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam semua peringkat, sama ada di peringkat nasional, industri mahupun perusahaan.

152. Sehubungan itu, satu Blueprint Produktiviti Nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif lagi spesifik dalam memacu produktiviti. Bagi maksud ini, Majlis Produktiviti Nasional akan diwujudkan.

153. Salah satu langkah untuk meningkatkan produktiviti, Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyelaras, dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.

154. Sektor industri pengangkutan dan penyimpanan dijangka berupaya mewujudkan sejumlah 146 ribu peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi kepada rakyat.
155. Dalam usaha meningkatkan tahap inovasi negara lagi, Kerajaan akan turut mengambil pendekatan yang pelbagai. Umpamanya, peralihan daripada pendekatan secara Government-centric kepada pendekatan keseluruhan masyarakat dan memberi peluang kepada penglibatan organisasi berasaskan komuniti.

156. Selaras itu, kerjasama penyelidikan antara Kerajaan, industri dan ahli akademik akan terus diperkemas. Salah satu contoh sedia ada adalah, seperti Steinbeis Malaysia Foundation, SIRIM-Fraunhofer dan Jaringan Penyelidikan Awam Swasta yang ditubuhkan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.

157. Makanya, menjelang tahun 2020, pengkomersialan output R&D disasar meningkat kepada 10 peratus berbanding 5 peratus pada tahun 2013.

Tuan Yang Dipertua,

158. Melalui Rancangan ini juga, sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana, akan terus dipastikan signifikasi sumbangannya kepada KDNK negara.

159. Dalam sektor perkhidmatan, antara industri yang akan digalakkan adalah kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan tinggi swasta, pelancongan dan industri Halal.

160. Pada tahun ini, Blueprint Sektor Perkhidmatan yang mempunyai 29 pelan tindakan, mensasarkan peningkatan produktiviti buruh dari 68,111 ringgit pada tahun 2015, kepada 83,411 ringgit menjelang tahun 2020. Sektor ini, Insya-Allah, dijangka menyumbang sebanyak 55.3 peratus kepada KDNK.

161. Bagi sektor pembuatan pula, akan dipacu oleh beberapa subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, peranti perubatan serta aeroangkasa. Yang penting, sektor ini akan membuka 2.8 juta lagi peluang pekerjaan.

162. Seterusnya, bagi merancakkan pertumbuhan eksport baru-baru ini, Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan. Majlis ini bertanggungjawab bagi menggalakkan pertumbuhan eksport termasuk meningkatkan ekosistem eksport dengan menaik taraf infrastruktur, meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai, memaksimumkan peluang perdagangan terutamanya dengan negara-negara ASEAN dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Tuan Yang Dipertua,

163. Jika negara perlu melakukan inovasi, bandar-bandar utama kita juga perlu melakukan inovasinya supaya kekal relevan. Kini, bandaraya-bandaraya besar dunia, bukan hanya berlumba-lumba mencari pelaburan, tetapi ia menjadi persaingan bakat-bakat terbaik dunia untuk mentransformasikan bandar-bandar ini dan seterusnya negara mereka.

164. Jika dahulu, kalau berbicara tentang negara China, hanya bandar Beijing dan Shanghai diperkatakan. Namun kebelakangan ini, bandar-bandar lain di negara China seperti Shenzhen atau Guangzhou, menjadi sebutan di persada dunia.

165. Justeru, bagi meningkatkan daya saing negara, bandar-bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi. Bandar-bandar ini akan merangka pelan induk persaingan masing-masing supaya selaras dengan aspirasi negara di bawah RMK-11.

Tuan Yang Dipertua,

166. Sesungguhnya, kita sentiasa menghargai jasa dan khidmat kakitangan awam dan anggota keselamatan. Untuk itu, dalam Rancangan ini, Kerajaan akan terus menjamin kebajikan mereka seperti pembangunan kerjaya, skim perkhidmatan dan perumahan dari masa ke semasa.

167. Di samping itu, penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus dimantapkan dari segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti.

Tuan Yang Dipertua,

168. Bagi keseluruhan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Kerajaan akan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 260 bilion ringgit sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

PENUTUP

Tuan Yang Dipertua,

169. Seandai dan sekira diqabul dan diperkenankan oleh Allah jua, realitinya, dalam pada kita menongkah separuh jalan Rancangan ini, tinggal hanya setahun dua saja lagi, era yang disebut sebagai beyond 2020.

170. Meskipun dengan segala perencanaan yang kita perbuat ini, gambaran dan warna Malaysia pasca 2020 nanti, adalah amat penting untuk dijiwai suasana dan keadaannya kala itu. Barulah kita dapat berfirasat dalam meneruskan momentum pertumbuhan dan rentak perjalanan, sebuah kelana negara ini supaya tidak tersasar.

171. Ini bermaksud, bayangan dan corak Malaysia contohnya, pada tahun 2030, antaranya, jumlah penduduk mencecah kira-kira 36 juta, kadar urbanisasi meningkat kepada 80 peratus, KDNK sebanyak 2.6 trilion ringgit, KDNK per kapita pula melebihi 117 ribu ringgit dan perdagangan dunia dijangka menjangkau 44 trilion dolar Amerika.

172. Yang terlebih utama, kita mahu adalah, wujudnya National Consensus atau Kesefahaman Nasional tentang halatuju negara pasca 2020.
173. Berbalik dan berpasak kepada pelbagai prakarsa atau inisiatif besar, selama bertahun-tahun ini, seperti bajet 2015, telah dirangka atas keseimbangan antara capital economy dan people economy.

174. Tatkala, berdepan dengan ketidak tentuan harga minyak dan kemelut ekonomi global, pada awal tahun ini pula, kerajaan tanpa berlengah telah membuat pengumuman khas, untuk mengambil langkah-langkah proaktif mengubah polisi-polisi bagi mempastikan negara kekal berada di trajektori dan landasan yang betul lagi tepat.

175. Ini membuktikan, Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah Kerajaan yang pragmatik dan sistematik dalam menyusun dan mencartakan apa jua kepentingan rakyat,… sekalipun dalam banyak hal, kita telah berbuat sehabis baik begini-begini,… namun,… ditohmahnya pula oleh orang, begitu-begitu,…..

Tuan Yang Dipertua,

176. Dalam hal lain,… apabila Kerajaan dengan ikhlasnya pulak,… memutuskan supaya subsidi pukal diganti dengan subsidi bersasar agar bantuan dapat diberi terus kepada golongan yang sangat memerlukan melalui BR1M,… tiba-tiba,… dituduh dan diperkata pulak,… sekian-sekian.
Tuan Yang Dipertua,

177. Berkenaan GST, umum berpendapat ia adalah baik untuk negara. Namun, setelah mendengar rungutan dan hingga berlakunya kekeliruan kepada rakyat, kita perakui sistem ini, mengambil masa bagi proses pelaksanaannya yang lebih efisien dan memuaskan semua pihak.

178. Sehubungan ini, saya nak nyatakan dalam Dewan Yang Mulia, rakyat sekalian janganlah gundah dan runsing,… kerana,… pihak Kerajaan akan memaklumkan tentang hasil kutipan GST ini, ke arah mana perbelanjaannya.

179. Kerana itu,… pagi ini,… saya bagi pihak Kerajaan yang menepati janji, ingin menegaskan bahawa,… kita akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang Dipertua,

180. Walaupun, mutakhir ini, pelbagai dugaan dan rintangan dihadapkan, saya dan pihak Kerajaan memilih hanya SATU jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan.

181. Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya adalah sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan musim panas, adakala masa susah dan adakala masa senang.

182. Justeru,… saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia,… sekiranya kita bersabar,… seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan,… juga keyakinan di dada,… bertawakal kepada yang Maha Kuasa,… kelak… akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita.

183. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan.

184. Tak kiralah,… Pak Tani di kebun, Pesawah di bendang, para nelayan, golongan kolar biru dan putih, ahli-ahli korporat mahupun cendekiawan.

185. Hatta, kepada saudara-saudari kita,… di seberang sana, saya mengajak agar sama-sama mendokong usaha murni Kerajaan untuk menjulang Malaysia gagah dan megah di persada antarabangsa.

Tuan Yang Dipertua,

186. Sesungguhnya, perjuangan ini adalah perjuangan yang murni, demi bangsa Malaysia dan pertiwi. Sememangnya jua, beban dan amanah yang sedang digalas ini, adalah berat dan memerlukan jiwa-jiwa besar serta kekuatan dari segenap penjuru. Barulah sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya dapat dijelmakan.

187. Pucuk pangkalnya, janganlah dipersiakan, apa yang sudah kita secara susah payah raih dan kecapi. Jauh sekali meruntuhkannya, nauzubillah,… kelak menyesal tidak berguna lagi,….

188. Lantas, marilah kita merenung bait-bait lagu Kebangsaan, “Negaraku, …. Tanah Tumpahnya Darahku,… Rakyat Hidup Bersatu dan Maju…” Itulah tema,… itulah rahsia,… kecemerlangan kita selama ini.

189. Disimpulkan kalam,… Ya Ilahi,… Ya Robbi,… satukanlah hati-hati kami,… berkatilah perjuangan ini,… seraya kita maktub dan keramatkan rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

190. Pastinya,…pastinya… setiap satu amal dan setiap satu usaha kita semua,… akan dipersaksi oleh masa dan dihakimi oleh waktu.…

191. Bak kata orang dulu-dulu,… Yang benar tetap benar,…. Buktinya kelak jadi sejarah.

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.




April 22, 2015

#GST yang SEBENARNYA


Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP, Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin menzalimi rakyat di negara masing2 itu?

Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini) dan juga negara2 maju.

Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.

Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.

SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.

Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!

Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat & negara:

1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat & boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.

2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.

3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan / penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah 30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn GST "the shadow economy" kini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan cukai??

4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang tidak setuju kpd langkah yg baik ini?

5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat & belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.

6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong & peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.

7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga barang jadi lebih patut?

8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan, diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd rakyat.

9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan & perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8 & 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai diturunkan?

10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg laksanakan GST/VAT.

Namun jika GST baik mengapa harga barang naik? Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yg sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka suka "sabotaj" ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.

Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165 Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600 cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang. Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga barangan.

Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK & Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn perlindungan rakyat & pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah negeri utk percepatkan perbicaraan.

Denda & penjarakan mereka yg mengambil kesempatan dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%. Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih, melapor & memboikot peniaga yg degil.

Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam, rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.

Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.

Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.

GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada 30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam. Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.

Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik drpd SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.

Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita drpd telefon pintar dll di alamat:
www.gst.customs.gov.my
www.gstmalaysiainfo.com
www.gstpedia.my
www.treasury.gov.my
www.kpdnkk.gov.my

Tkasih. ABM @ DAM @ Tok Mat 21/4/2015