March 2, 2017

PKR Parti Perosak Mentaliti Rakyat


Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia, dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.

Selain kes Tabung Haji, beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.

Itu baru Rafizi, belum masuk lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya.

Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi.

Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa, projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa, tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka.

Akibatnya, sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.

Inilah perangai pemimpin PKR. Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar, mereka akan `lepas tangan'.

Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu, tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi. Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun, janji ada yang akan terpedaya.

Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka, disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri. Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa, hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.


RM2.6Billion: "Pahlawan Tua" Mahathir Pun Tidak Berani Bertanya


Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia telah berakhir dan baginda sudah berangkat ke Indonesia.

Namun bukan itu yang kita perkatakan sebaliknya apa yang mahu diutarakan di sini adalah ketika Raja Salman berada di negara ini dan bagaimana puak dan pihak Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu sunyi dan senyap.

Puak yang amat vokal dan lantang sebelum ini dengan kenyataan `Arab bodoh' dan `Arab gila' dalam isu derma RM2.6 bilion, tiba-tiba berdiam diri serta menikus.

Kita perlu tahu, Tun Mahathir tidak ambil peluang untuk bertanya sendiri kepada Raja Salman kerana beliau sendiri pun sudah tahu jawapannya memandangkan isu derma berkenaan adalah ciptaan beliau sendiri untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Tun Mahathir yang menuduh RM2.6 bilion bukan wang Arab Saudi tetapi wang 1MDB. Maka jika beliau mahu bertanya maka tindakan itu seolah-olah memperbodohkan dirinya sendiri.

Tetapi bagi pahlawan-pahlawan tuanya yang tidak tahu mengenainya, sepatutnya mereka mengambil peluang membuat permohonan kepada kerajaan untuk mengizinkan mereka menghadap Raja Salman dan bertanya sendiri akan isu derma itu.

Jika kerajaan Najib menolak permohonan mereka, maka ini boleh dijadikan peluang dan alasan untuk menyatakan bahawa Najib takut dan bersalah. Namun malangnya pahlawan tua ini tidak pula membuat permohonan berkenaan.

Orang seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Kadir Jassin dan Zainuddin Maidin boleh membuat permohonan bagi pihak Tun Mahathir untuk diberi peluang menghadap Raja Salman.

Namun kini, Raja Salman sudah berangkat ke Indonesia, maka peluang untuk bertanya sendiri kepada baginda telah berakhir.

Umum juga tahu bahawa Dr Maza yang telah diberikan ruang menghadap Raja Salman sebagai Mufti pun telah dihentam begitu teruk di media sosial kerana tidak bertanya kepada Raja Salman sendiri.

Malahan netizen telah menyindir beliau kerana takut untuk bertanyakan soalan cepu emas itu kepada Raja Salman.

Jika Dr Maza yang suka menyindir dan menyindir kerajaan dijadikan bahan lawak jenaka dan bahan troll, apatah lagi pahlawan tua Mahathir yang sering vokal dan melalak berkenaan hal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Sebenarnya isu derma itu adalah ciptaan Tun Mahathir maka beban pembuktian adalah di bahu beliau sendiri. Hanya jika beliau berjaya mengemukakan bukti, maka barulah Najib bertanggungjawab untuk membalas dakwaan beserta hujah dan bukti balas.

Sehingga itu, biarlah Tun Mahathir yang membawa buktinya. Untuk pengetahuan ramai, sesiapa pun tidak akan izinkan namanya dipergunakan bagi tujuan transaksi wang di bank atau dalam apa jua keadaan apatah lagi Raja Arab Saudi kerana ia melibatkan reputasi baginda.

Dan apabila Najib memberitahu wang itu adalah derma daripada Arab Saudi, negara itu langsung tidak membantah malah diakui sendiri oleh Menteri Luarnya.

Kini dengan selesainya lawatan Raja Salman, elok sangat lah episod pembohongan derma oleh Mahathir dihentikan. Rakyat jangan diperbodohkan lagi, melainkan mereka memang suka dibodohkan.

Jika tiada bukti, eloklah duduk diam, jika ada sila kemukankan, itu tanggungjawap penuduh, jika tidak ia jatuh sebagai fitnah.

Semua pun tahu isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB adalah nyawa politik Tun Mahathir bagi mengkaburi mata rakyat.

Apabila Raja Salman sudah berangkat, maka kita lihatlah gelagat pahlawan tua ini yang akan kembali beraksi dengan sajak dan sindiran mereka. Inilah hero pembela Mahathir, mengecut telurnya apabila kebenaran datang ke Malaysia dan peluang untuk bertanya dilepaskan begitu sahaja.