April 13, 2016

Tipikal DAP, Kalau Tidak CatMerah, Terima Peluru dan Kini Bom Petrol

Cat merah dan terima peluru sangat sinonim dengan DAP sebelum ini. Itulah yang akan berlaku jika mereka lantang mempersoalkan perkara-perkara yang mengundang sensitiviti orang Islam dan Melayu di negara ini.

Senarionya, harus ada kenyataan melampau berbentuk provokasi ke atas umat Islam, dan kemudian diikuti dengan insiden-insiden melampau seperti simbah cat merah, atau kenyataan akhbar, terima peluru dari pihak-pihak tertentu.

“So predictable”, itulah ulasan yang ingin penulis sampaikan, apabila sekali lagi, pejabat milik si mulut celupar Ramasamy diberitakan telah “diserang” dengan bom petrol dan kini perkara tersebut berada di dalam siasatan pihak Polis. Biasalah, jika ada kejadian tersebut, maka sudah tentu pihak Polis akan mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan.

Cuma, penulis secara peribadi tidak melihat perkara ini sebagai sensasi, kerana seperti sudah sebati dengan DAP, jika ada apa-apa perkara yang menerbitkan sikap melampau mereka, maka seolah-olah seperti ada usaha untuk meletakkan keterlampauan itu ke atas pihak ketiga.

Tony Pua pernah menerima kiriman peluru gara-gara cadangannya terhadap kajian semula ke atas diskaun pembelian rumah untuk bumiputera di Selangor. Teresa Kok pula pernah membuat laporan polis bahawa 2 biji bom petrol telah dicampak ke laman rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh. Simbahan cat merah pula sudah sangat sinonim dengan DAP.

Apakah ini salah satu cara memberi gambaran bahawa mereka golongan teraniaya, dan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan mereka adalah golongan ekstrim? Publisiti mudah dari DAP.

Tanpa disedari, isu Zakir Naik juga berkemungkinan untuk dimanipulasi, demi mengalihkan perhatian rakyat terhadap skandal banglo Lim Guan Eng


Fitnah Akhir Zaman

Fitnah akhir zaman.

oleh Kang Nasir

Mudahnya umat islam diperdaya dgn fitnah-fitnah mempergunakan kesucian agama untuk kepentingan kepuasan nafsu.

Hanya dengan bersandarkan sebuah hadis yg MEMBERI PERINGATAN KPD PEMIMPIN AGAR TIDAK BERLAKU ZALIM, mereka mengambil kesempatan bagi menghasut pemerintah yang kononya menzalimi mereka. Walhal mereka bukanya sedar Allah MELAKNAT mereka sebagaimana peringatan Allah dlm surah Al-Humazah. Allah suruh kita BERTAQWA kpd-Nya. Bukanya bersusah payah menyusahkan diri berlumba-lumba mencipta fitnah untuk memburu kepentingan dunia.

Masih terdapat banyak kisah-kisah tentang FITNAH AKHIR ZAMAN yg perlu kita semua fahami. Dan dengan kongsian ini, penulis harap jadikanya sebagai pengajaran pd langkah permulaan mengenal fitnah-fitnah akhir zaman yg akan menghumban kita ke neraka utk kita jadikanya iktibar.

Rasulullah SAW berpesan dalam sebuah hadis yg bermaksud.

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)


Fitnah itu Bermula dari Prasangka

oleh Kang Nasir

Penulis terbaca kenyataan dalam portal M’kini dipautan ini.
http://www.malaysiakini.com/news/336041
Ketua DAP negeri Sarawak Chong Chieng Jen berkata;

“Kejayaan BN akan dilihat sebagai restu kepada GST dan jika BN menang besar, besar kemungkinan GST akan dinaikkan kepada sekurang-kurangnya 10 peratus,”
Saya teringatkan bagaimana mereka mampu menambat hati menanamkan KEBENCIAN terhadap pemerintah dgn kisah-kisah cerita bodoh pengundi HANTU, pengundi BANGLA, cincin Rosmah dan lain-lain dgn berusaha mengupah watak-watak bagi membuktikan wujudnya kebenaran dakwaan mereka sehingga KEBENCIAN kpd pemerintah sehingga sekarang pun mereka serta rakyat Malaysia masih lagi memainkan fitnah-fitnah ini walapun sudah TERBUKTI SATU FITNAH. Akibatnya semakin ramai yg berjaya dihasut agar memusuhi pemerintah membenci pemerintah memusuhi sesiapa saja yg mempertahankan pemerintah utk kebaikan seluruh ummah.

Syaitan-syaitan mata sepet ini persis syaitan yg berusaha dgn apa cara sekalipun utk menghasut agar saling bersengketa supaya org yg beriman agar turut serta bersama-sama mereka terjun keneraka. Bagi kita umat Islam, Allah sudahpun beri peringatan tapi malangnya semakin ramai umat Islam yg berusaha menghimpun DOSA FITNAH & DOSA BERANTAI seolah dianggap JIHAD memperjuangkan ISLAM.

Dalam surah Al-Hujurat ayat 12 Allah dah pesan usahkan FITNAH, sedangkan PRASANGKA BURUK itu satu DOSA.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa….”
(Al-Hujurat : ayat 12)

Inikan pula sengaja mengarang cerita dari prasangka sehingga menjurus kearah fitnah?
“…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat : ayat 12)

Berwaspadalah saudara-saudara ku semua. Jika hanya dgn lidah manusia yg jadi syaitan pun kalian dgn mudah terpedaya? Adakah anda mampu menghindar halusnya bisikan tipu daya syaitan? Kerana mereka bangga menjadi syaitan itu adalah dari tipu daya syaitan yg menghasut kearah persengketaan yg membawa kpd kemudaratan. Sebab itulah Allah pesan. Berusahalah dgn berserah diri kpd Allah dgn menghindari soal-soal dunia yg melalaikan kita semua. Usahkan menghasut memfitnah sedangkan berbisik-bisik pun Allah larang.

“Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri”.
(Al Mujadilah : ayat 10)

Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah.

Tahukah anda kita skrg sudah berada dikemuncak AKHIR ZAMAN? Iaitu perkara yg benar cuba diselindungkan dgn cerita-cerita keburukan diperbesarkan hingga fitnah dianggap ibadah. Dan yg paling menyedihkan, pemimpin yg benar difitnah kebenaran disembunyikan sebaliknya perbuatan keji & mungkar yg mereka lakukan dgn mempergunakan kesucian agama & ayat suci dianggap kebenaran.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai”
(HR Ibnu Majah)


February 17, 2016

Azmin Kini Makin Lemas Dalam Timbunan Isu Di Selangor

Presiden NGO Abata, Azrinizam Ibrahim berkata rakyat di Selangor hari ini menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam pelbagai isu yang sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan mahupun penjelasan yang dibuat oleh beliau.

Menurut Azrinizam, Azmin Ali yang kini ditimbuni oleh pelbagai isu seperti isu dana air sebanyak RM.7.6 bilion, isu kos pembinaan kubah, pintu gerbang dan beberapa lagi isu, di mana isu-isu ini sepatutnya diberikan oleh penjelasan oleh Menteri Besar itu sendiri.

“Isu dana air sebanyak 7.6 bilion masih lagi tidak terjawab. Isu kubah, isu pintu gerbang pun sama tidak dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini biarpun didesak bertalu-talu oleh rakyat. Hari ini, timbul pula isu ketirisan dan ketidak telusan dalam isu pelantikan ahli majlis PBT di Selangor di mana ahli PKR sendiri mendakwa wujudnya unsur kroni dalam pelantikan tersebut.

“Bagaimanapun Azmin seperti biasa sehingga ke hari ini masih lagi membisu dan saya lihat tindakan Azmin hari ini mirip kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang seringkali mengelak daripada memberikan penjelasan berhubung isu-isu berbangkit yang diminta penjelasan oleh rakyat.

“Secara tidak langsung, sikap Azmin yang membisu mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat membuktikan bahawa tidak ada ketelusan di dalam pentradbiran beliau. Pandangan saya, jika begini sikap Azmin maka saya rasa pentadbiran beliau sebenarnya lebih teruk dan lebih tidak telus berbanding MB Selangor sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Azmin juga dilihat bukan sekadar gagal menjawab isu-isu yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat, malah dia juga disifatkan sebagai gagal dalam menyelesaikan isu pergolakan dalaman pakatan Selangor itu sendiri.

“Saya lihat isu dalaman pakatan pembangkang di Selangor masih lagi tidak selesai. Khususnya berhubung isu Pas, Dap begitu juga parti Amanah di mana tidak ada sebarang kata putus yang dapat diberikan oleh beliau berhubung perkara ini. Bahkan, status pakatan pembangkang di Selangor juga masih lagi tergantung di mana persoalan timbul pakatan yang mana satukah yang mentadbir Selangor hari ini?

“Apabila Azmin gagal menyelesaikan konflik dalaman antara parti yang menjadi pemerintah di Selangor, maka secara tidak langsung permasalahan antara kepimpinan parti pembangkang di Selangor akan menjejaskan tumpuan kerajaan negeri untuk membantu dan membela rakyat.

“Ekoran permasalahan dan konflik dalaman itu kita dapat lihat, wujudnya pelbagai isu di Selangor hari ini yang berkait rapat dengan kebajikan rakyat seperti isu kes denggi yang begitu tinggi di Selangor, isu air dan banyak lagi isu yang mengambil masa begitu lama untuk di selesaikan oleh kerajaan negeri, lantaran kepimpinan pembangkang lebih menumpukan perhatian terhadap konflik dalaman sesama sendiri,” ujarnya

January 13, 2016

Memalukan!… Dap Sibuk Cari Salah Orang Tapi Masalah Parti Sendiri Pun Tidak Selesai

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membidas sikap kepimpinan Dap yang tidak habis-habis mempertikaikan isu 1MDB biarpun kerajaan mahupun CEO 1MDB tersebut, Arul Kanda telah memberikan penjelasan berhubung pelan rasionalisasi syarikat tersebut.

Menurut beliau, tindakan Dap yang kini menjadikan isu 1MDB sebagai modal politik mereka hanyalah semata-mata bertujuan politik dan mengekalkan persepi negatif rakyat terhadap kerajaan.

“Apa yang dilakukan oleh Dap itu hanyalah semata-mata bertujuan politik saja. Kalau mereka betul-betul mahu kebenaran, tunggulah hingga selesai siasatan PAC terhadap syarikat tersebut. Kalau Dap kata mereka tak percaya pada PAC maknanya Dap tak percaya kepada semua wakil parti yang ada di dalam PAC termasuk ahli mereka sendiri.

“Namun seperti biasa Dap bukan mahukan kebenaran. Bila kerajaan beri jawapan mereka tak mahu terima. Dap ajak debat tapi bila Arul Kanda terima pelawaan Dap, pemimpin mereka yang konon-konon hebat tu lari menyorok di belakang pokok pula,” ujarnya sinis kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, adalah lebih baik pemimpin Dap menjaga kelancaran pentadbiran parti mereka terlebih dulu sebelum sibuk tentang hal-hal orang lain.

“Parti mereka sendiri pun kelam kabut, mereka asyik sibuk tentang urusan orang lain. Isu CEC pun masih tak selesai. Isu hak-hak ahli yang dinafikan untuk mengundi pun tak selesai.

“Selesaikan hal sendiri dulu. Pimpin parti tu baik-baik dan betulkan cara pentadbirannya, barulah boleh nak kritik orang lain. Ini asyik sibuk kacau sana kacau sini, tapi parti sendiri pun tak terurus dengan baik,” tegasnya.

Beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dan tidak lagi mempedulikan apa saja kenyataan dan dakwaan dari kepimpinan parti tersebut.

“Saya minta rakyat tak usah pedulikanlah apa yang pemimpin Dap cakap. Selama ini dah terbukti mereka ini hanya tahu menuduh itu dan ini, lepas itu bila kita minta bukti tak boleh nak beri.

“Sebab itu ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah, sebab mereka suka bercakap tentang hal yang mereka sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya,” jelasnya.-MediaUMNO


“Innamal mu’minuna ikhwah”: Syaitan Sahaja Yang Terasa Kepanasan  

Meneliti komentar dan reaksi segelintir orang Melayu yang beragama Islam di laman-laman media sosial berkenaan dengan gambar yang memaparkan lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke atas Hadi Awang jelas tidak mencerminkan sahsiah atau watak muslimin wal mukminat.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى المسلمِ خَمْسٌ: رَدُّ السَّلامِ، وَعِيادَةُ الْمَرِيْضِ، وَاتِّباعُ الْجَنائِزِ، وَإِجابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيْتُ الْعاطِسِ
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima: Menjawab salam, menjenguk yang sakit, menghantar jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan yang bersin.”

(HR. Al-Bukhari no. 1240 dan Muslim no. 2162)

Jelas apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri selaras dengan tuntutan Islam. Apa yang mendukacitakan, wujud segelintir orang Islam sendiri yang berhasad dengki serta bersangka buruk ke atas yang lawatan berkenaan.

Ketepikan seketika fahaman politik, atau apa jua perbezaan pendapat sedang satu pihak sedang mengharungi dugaan hidup.

Seperti yang pernah dilafazkan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi konsisten dengan dasarnya untuk membuka ruang silaturahim kepada semua pihak.

Kala dua orang muslim yang dikenali wujud perbezaan pendapat diantara mereka, tiba-tiba menghulur salam serta menyambut salam bagi membina ukhwah dan silaturahmi, maka jangan hairan jika syaitan merajai emosi nirrajim dengan darjah kepanasan yang mungkin lebih tinggi Fahrenheit nya dari gunung berapi.

Semoga anda bukan tergolong di dalam golongan yang turut terbakar kepanasan ketika melihat foto berkenaan.

Amin.